Saturday, April 30, 2011

285. Terima kasih Awie!

foto: starmalaysia.blogspot

 
Sejak akhir2 ni, banyak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Bob Lokman mengapa dia meninggalkan bidang seni dan memasuki sebuah parti yang berlandaskan Islam. Walaupun jiwa insan2 seni melonjak2 hendak meluahkan apa yang terbuku namun tiada siapa yang mahu mengecilkan hati Bob Lokman.

Anak2 seni lain sedar betapa kerdilnya mereka di dunia ini. Betapa kurangnya ilmu mereka 'berbanding dengan apa yang dimiliki dan didakwa Bob Lokman'. Namun Awie muncul mempertahankan air muka semua insan yang bergelar anak seni.

Kjee pun sebenarnya tidak berani hendak mengeluarkan kata2 sebelum ini. Hanya mungkin pernah mengeluarkan satu atau dua potong ayat yang berbunyi begini :"...dulu anak2 dan keluargamu juga hidup atas hasil sama yang kami perolehi."

Apapun, Bob Lokman bijak memainkan kata2 seperti mana dia bijak menghasilkan lirik2nya suatu ketika dhulu. Kjee copy paste berita yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro untuk tatapan anda semua. Nak tahu selebihnya, kenalah beli Harian Metro.

Terima kasih Awie.


 

‘Bob usah hipokrit, riak’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.
 Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

4 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

bak kata pepatah.... jangan jadi seperti kacang lupa kan kulit... saya memang tabik ngan awie la.. :)

Anonymous said...

peralihan yang drastik.....tapi kenapa perlu menuding jari ingat satu jari untuk orang 4 lagi kearah kita betul kata awie...jgn hipokrit ....ambil cat steven[yusuf islam] sebagai contoh....nor

Anonymous said...

kih kih kih.......

Anonymous said...

Ada betulnya jugak, dunia hiburan di Malaysia ni dah hilang punca. Hedonisme melampau-lampau. Artis pun moral teruk sangat! Lakonan tak sehebat artis hollywood. Tapi perangai macam artis hollywood (tapi tak semua macam tu). Rasanya kita tak boleh la ekstrim mengatakan dunia hiburan itu haram secara total. Tapi perubahan yang lebih islamik amat diperlukan.

Awie terasa hati kah dengan kata-kata Bob tu? Abang Bob pun kalau nk menegur biarlah berhikmah. Jangan drastik mengharapkan org berubah hanya kerana dia sudah berubah. Apa pun yang halal tetap hala yang haram tetap haram.


P/s:
Sedih tgk ada sorang pelakon bertudung ni, gigih bukak tudung dalam satu movie ni, ada effect sangat ka bukak tudung? Rasanya kalau lakonan mantap, pakai tudung pun tak ada masalah.

Fariz

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...