Saturday, April 30, 2011

288. Fairy Tale Wedding Kate dan William

semua gambar ehsan google








cincin pertunangan mendiang Diana
Dua billion orang (penonton tv) di seluruh dunia menyaksikan majlis perkahwinan Prince William dan Pricess Catherine semalam. Khabarnya, mengalahkan apa jua aktiviti (termasuk sukan) yang ditayangkan secara live di seluruh dunia.

Seperti mendiang Diana yang disayangi berjuta orang di seluruh dunia, nampaknya anaknya Prince William dan isterinya Kate turut mendapat limpahan kasih yang sama.

Sungguh sopan majlis perkahwinan semalam. Bermula dari wedding dress yang sopan hingga ke majlis yang tertib tanpa dipamerkan rasa kasih dan sayang yang cukup tipikal dengan Mat Salleh. Malah, kalau diperhatikan, pasangan pengantin cukup menghormati istitusi church mereka. Tiada ciuman atau berpelukan!

Rata2 mereka yang diinterview di merata2 tempat di London semalam...dari budak yang kecil kepada orang dewasa baik perempuan mahupun lelaki, teruja mahu melihat gaun Kate yang dibuat dalam penuh secrecy! Malah ketika Kate hendak masuk kereta di depan Hotel Goring pun, dia seakan dilindungi agar tidak ramai nampak gaunnya!

Pasti ramai yang kecewa melihat gaun yang cukup simple itu. Simple tetapi sophisticated! Melambangkan citarasa Kate, seorang wanita yang simple kehidupannya. Khabarnya, Kate sendiri yang minta gaunnya di design seperti itu! Tiada aksesori bergemerlapan menghiasi dadanya. Cuma anting2 berlian teardrop comel pemberian bonda tercinta.

Gaunnya juga tidak sarat barat dengan manik2 atau berlian. Aduh kalau dibandingkan dengan gaun perkahwinan sesetengah artis terkenal kita...oppps.

Mungkin ramai pernah tengok design gaun seperti yang dipakai oleh Kate. Nothing to shout about. Tetapi apabila dikenakan pada tubuhnya yang tinggi lampai itu, memang nampak klasik sangat. Tiaranya juga sangat simple. Baju itu tidak mempunyai train yang berjela2. Nasib baik pun sebab bridesmaids (2 bridesboy) seramai 7 orang seakan khayal dalam dunia mereka sendiri dan biarkan Kate terkapai2 menarik train gaunnya dalam beberapa insiden.

Apapun berbaloi lah tengok siaran langsung semalam walaupun ada beberapa ketika Kjee terlelap kejap depan TV. Bab akhir yang penting di balkoni Buckingham Palace tidak dapat Kjee saksikan sebab banyak urusan lain perlu dibereskan. Tapi gambar2 cukup memuaskan hati ini.

Tapi Kjee dan Unclepali tersenyum melihat William terkial2 ketika menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Heran melihat cincin belah rotan yang nampak simple sangat. Macam cincin mainan...well mungkin dari jauh kot. Yang pasti ia dibuat oleh tukang emas Queen Elizabeth daripada seketul emas yang telah disimpan berkurun lamanya.

Harap2 William jadi King Of England. Charles?  Tak payahlah!

6 comments:

  1. ye kjee pakaian sungguh sopan walah setengah org kita baju pengantin terdedah sana sini....cukup anggun harap william tak ikut charles...memang pasangan yang ideal untuk jadi king n queen of englang...nor

    ReplyDelete
  2. Sokong benar William yang ditabalkan sebagai King of England :)

    ReplyDelete
  3. tapi kak jee..william ni muda lag, tapi kepala dia dah hampir botak..namun saya pun suka gak tgk mereka berdua ni...cool jer muka senyum tapi dalam hati sapa yang tau..bukan senang nak memikul tanggung jawab yan besar dan berat ni...banyak yang kecudang macam mak dia tu...

    ReplyDelete
  4. Hangat dibicarakan sekarang pasal perkahwinan diraja ni ;)

    ReplyDelete
  5. kate comel n boleh jadi pengganti diana sebab sifat n sikap low profile beliau tu..harap2 berkekalan laa perkahwinan diorg nih kan..
    gembira laa paparazi yg suke ngambik gambo sbb ada job..hehe

    ReplyDelete
  6. salam kjee..saya tak tinggal tgk siaran langung di nt7..dari mula hingga habis..harap2 perkahwinan ni akan kekal n menjadi raja n pemaisuri yg unggul sekali...ayahnye 2 pencen jela...

    ReplyDelete