Tuesday, November 8, 2011

ALHAMDULLILLAH DAMIA DAN SIHAT TAPI FIJA PATAH TANGAN PULAK!

Damia sentiasa dikunjungi saudara mara dan sahabat handai.
Manis Inspektor wanita ini. Sempat pose dengan Damia dan Fija.
Inilah gambar Damaia sekarang. Sweet kan selepas dia menjalani pembedahan hari itu. Perhatikan tangan Fija. Hah tangan dia patah sebab tergelincir kat rumah. Dah lebih 2 minggu!! Macam2. Sedih Kjee memikirkannya. Sekarang kena simen. Akibatnya, famili Fija tak sambut Raya semalam. Nak sambut camner, tangan bersimen dan Fija tak mampu ke dapur untuk memasak.

Masa Kjee dan Nadia melawat Damia selepas pembedahan hari tu. Kjee naik wheelchair ditolak Nadia.


Gambar tengah ketika Fija menerima kedatangan seorang Inspektor polis. Gara2 polis menemui dadah dalam salah satu rumah sewa yang Fija jaga, polis datang dan soalsiasat Fija. Tapi polis tahu Fija tidak bersalah. Sempat pulak amik gambar dengan Damia. Hehehe.

Walaupun Damia sudah sihat dan Fija juga sudah menampakkan pemulihan dari kanser yang positif, tetapi kedua2nya masih memerlukan bantuan untuk rawatan susulan di hospital. Sesiapa yang ingin membantu,  boleh terus salurkan bantuan kepada:



ACC CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
0167070124


Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalas jasa kalian. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Terima Kasih.




3 comments:

dayang Citra said...

Alhamdulillah,gembira saya membaca kisah mereka...semoga mereka berdua semakin sembuh dan terus tabah menghadapi rintangan yang mendatang dalam hidup mereka...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Allah sayang mereka sebab tu mereka terpilih untuk menerima dugaan berat ni.. Apapun Alhamdulillah semuanya semakin baik

sharifah rosidah said...

Kesian Fija macam2 dugaan datang, harap Fija bersabar dan berdoa minta supaya keluarganya dilindungi Allah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...