Wednesday, November 16, 2011

BANJIR TAHUN INI DIJANGKA LEBIH BURUK - TPM

Bersiap sedialah semua! Selamatkan dokumen2 penting sebelum banjir mula. Apabila air sudah mula naik, selamatkan keluarga dulu. Jangan asyik nak selamatkan harta benda, keluarga diabaikan.


Ini berita yang Kjee dapat ketika melayari Agendadaily.com tadi.


'




Banjir tahun ini akan lebih buruk dibandingkan tahun lalu dan fenomena air pasang besar akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Putrajaya, Selasa, mengumumkan negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah.


“Jabatan Meteorologi Malaysia telah melaporkan bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus di antara November 2011 hingga Mac 2012.


“Berdasarkan ramalan ini, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa yang singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya.


Menurutnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan persediaan menghadapi banjir di sekolah-sekolah. Menerusi Ops Payung oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, dewan-degan peperiksaan SPM dan STPM ditempatkan di tingkat 1 bangunan sekolah terutama bagi pusat-pusat peperiksaan yang diramal berisiko dilanda banjir.


Katanya sebanyak 96 sekolah menengah dan 414 sekolah rendah dikenalpasti berisiko tinggi dilanda banjir dan dianggarkan 201,543 pelajar akan terjejas. Sementara itu jumlah sekolah yang akan digunakan sebagai penempatan mangsa banjir ialah 2,459 buah, membabitkan 120 daerah.


“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyenaraikan 5,156 pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa di seluruh negara. Depot Bekalan Keperluan Bencana juga telah diwujudkan di lima wilayah serta 477 Pangkalan Hadapan. JKM di setiap negeri juga telah dibekalkan stok makanan sebagai persediaan,” katanya.


Muhyiddin berkata, semua agensi telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi kekuatan anggota serta persediaan aset darat, air dan udara. Katanya, aset seperti bot penyelamat, trak, kenderaan pacuan 4 roda, helikopter, pam air, set janakuasa elektrik dan sebagainya. Malah beliau juga meminta kettua-ketua jabatan membekukan cuti dalam tempoh itu kerajaan memerlukan sebanyak tenaga kerja yang boleh.


Selepas sidang media,Timbalan Perdana Menteri melancarkan portal maklumat mengenai situasi banjir bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan yang ditutup serta maklumat lain.
Rakyat boleh mendapatkan maklumat berkenaan di http://portalbanjir.mkn.gov.my atau www.facebook.com/informasibencana danwww.twitter.com/portalbanjir


Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bersedia dan tidak menunggu di saat akhir untuk berpindah apabila berlaku banjir kerana ia boleh mengundang kejadian tidak diingini. Ibubapa pula disarankan supaya melarang anak-anak bermain air banjir.


Sementara agensi berkaitan diminta memberi perhatian terhadap keselamatan warga rumah kebajikan, warga tua, wanita mengandung serta orang kelainan upaya (OKU) yang mungkin memerlukan bantuan untuk pemindahan.


Menurutnya seramai 28,000 pegawai akan terbabit dalam operasi persediaan banjir ini dan jumlah itu tidak termasuk polis, tentera dan sukarelawan. Seramai 12,500 sukarelawan di kalangan NGO turut akan membantu.


“Kerajaan menyambut baik penglibatan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu dan sebarang bentuk bantuan tenaga kerja, makanan dan pakaian hendaklah dibuat melalui JKM.


“Bagi bantuan wang tunai pula, kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang awam dan sektor korporat ke tabung bantuan bencana yang diseleraskan oleh Majlis Keselamatan negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah bantuan Bencana Negara (KWABBN).


“Sumbangan ini akan digunakan untuk mengurangkan beban mangsa banjir seperti membaiki rumah yang rosak serta bantuan lain yang difikirkan perlu,” katanya. – 15/11/11.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

2 comments:

sharifah rosidah said...

Jee aku risau ni, 27 & 28 nak pergi Trengganu untuk karnival U&I di Moonsoon Cup janganlah banjir masa tu. afiq break dari SPM 4 hari boleh lah aku pergi.

jeragang said...

salam...baik sema bersedia
sediakan payung sebelum hujan
bersiap tempat pindah sebelum banjir

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...