Monday, November 21, 2011

FAROUK HUSSEIN MAKIN TUA MAKIN ENSEM. HEHEHE


Farouk dan Lina bahagia sekali




Ingat tak lagi pada Farouk Hussein? Ala yang berlakon filem Anak mami dan juga pengacara Sinaran Pasport Kegemilangan! Juga yang jadi pengacara Warung Kita di Astro.


Hah pagi tadi, setelah hampir 13 tahun kot tak jumpa dia, Kjee terserempak dengan dia di Restoran Nasi Kandar Kudu Abdul. Kjee tengah tunggu makanan sampai apabila Kjee nampak kelibat dia dan isterinya. Tetapi Kjee konfius samada itu Farouk atau Man Bai.

Tak lama kemudian Kjee nampak isterinya (L:ina) bisik2 dengan Farouk yang duduk membelakangkan Kjee. Kemudian apabila makanan sampai, terkejut Kjee apabila Farouk datang ke meja Kjee. Kjee terkejut sebab Farouk nampak muda sangat. Lebih 13 tahun dah berlalu tetapi wajahnya masih nampak muda dan handsome. Tetapi kini kepala sudah di shave licin!

Apa lagi, riuh rendahlah kami berbual kisah2 lama. Dulu masa Farouk jadi pengacara Sinaran Pasport Kegemilangan, tiap kali ada rakaman, mesti muka Kjee ada jer enter frame kat studio mini TV3  di Jalan Liku, Bangsar. Masa tu Farouk masih slim. Sekarang tak lah slim cam dulu tetapi handsomenya maintain.

Farouk kata dia sudah kureng minat berlakon. Masanya terisi dengan menjadi emcee apa jua majlis dari orang kahwin ke majlis korporat! Isterinya Lina masih menjadi managernya.  Kjee pun tanya, boleh hidup ke buat kerja freelance macam tu?

"Alhamdullilah kak. Bila tiba hujung tahun macam sekarang ni, tak menang tangan! Sibuk sangat sebab banyak undangan majlis famili day, company dinners dan sebagainya," kata Farouk yang bisik pada Kjee sekarang dia sudah mencecah 44 tahun! Laaa Kjee ingat baru 30 tahun!!

So, kalau ada sesiapa nak undang Farouk jadi emcee, call jer Kjee. Nanti Kjee hubungkan awak dengan Farouk. don't worry. Tak ada percent punya. Hehehe.


Masih maintain ensem hehehe

4 comments:

sharifah rosidah said...

Suka tengok dia dalam warung kita makan ber-ia-ia.

farouk67 said...

hahaha... mmg lama tak jumpa Kak Jee... tapi Kak Jee tetap mcm dulu jugak... Still happy...jovial...suka melawak...kelakor mcm tu laa jugak... hahahaha... mmg tak sangka nak jumpa kat Kudu Nasi Kandaq... hehehe... Nanti kita calling2 ok... Take care Kak... And salam kat Abg ya... :)

Anonymous said...

Laaa....patut la mcm pernah ku lihat Kak Jee ni....dlm program sinaran duluuuu....

farah aien said...

Mcam mana cra nak hubungi farouk ?sebab saya nak buat dokumentari , dan saya nak interview en farouk .dia ada fb tak ? Atau email ? Apa-apa email saya kat farahjamil10@gmail.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...