Friday, November 18, 2011

HERBA FRESH OMPUTIH DI AMCORP MALL

Uncle Peter dan pokok2 herbanya


Korang tentu dah biasa dengar herba omputih cam rosemary, thyme, oregano, basil dan macam2 lagi kan? Selalunya kita beli dalam bentuk kering dalam botol2. Tetapi jangan terkejut, kat Malaysia pun ramai dah tanam herba2 Barat ni.




Ni fresh Thyme

Hari tu Kjee ke Flea Market kat Amcorp Mall. Kjee pergi hari Sabtu sebab meeting kat opis 4Life. Pergi awal sikit pastu jenguklah kat Flea Market kat situ. 

Ni rosemary ke oregano..tak pasti
Ewah, ada dua orang jual tau herba2 omputih ni. Apa lagi Kjee pun sibuklah tanya harga dan sebagainya. Pakcik yang jual tu nama Peter. Tetapi kerana dia sibuk layan customer masa Kjee kat situ, tak bolehlah tanya banyak2.

Harga tak mahal lah. Serendah RM5 satu pasu. Pastu dia ada jual gak anak pokok limau purut, daun kari dan juga selasih!

Ada orang kata kalau hari Ahad lagi banyak peniaga dan jual macam2. Selain gerai2 herba ni, ada macam2 lagilah barang orang jual. Sebut jer, hampir semua ada. Yang suka barang2 perhiasan kecik2 macam fridge magnet, bolehlah dapat kat sini.

Lain kali Kjee story gak pasal barang antik yang turut dijual.




7 comments:

mama ju, said...

Salam KJ

Saya suka herba2 tu, pernah beli letak dekat tepi dapur. Tapi lama2....emmmm.
Ada masa nak jugalah ke sana. Tk KJ kerana info ini.

jeragang said...

sebenarnya kjee sebahagian dari herb omputih tu asal dari sebelah sini gak.....

Anonymous said...

Salam Kak Jee..terlebih dahulu saya minta maaf ...rasanya kalau tak silap saya pcture yg pertama tu rosemary (pokok yg naik keatas tu) n pic yg kedua tu thyme..

Surya

Anonymous said...

Salam Kak Jee,
Gambar yang atas tu rosemary, yg ditepi sebelah kanan tu thyme. Gambar yang bawah tu oregano.

Anonymous said...

salam kak jee .. kat wangsa walk pon ada .. kat cold storage .. dah dekat ngan umah akak ...

sharifah rosidah said...

Aku dah ajak sb pergi sabtu ni, dia kata tengoklah kalau rajin, eeeiii geram aku.

norsaleha said...

ok la kjee harga tu,saya beli kat Mardi Cameron Highland rm7 sepokok. beli sampai 4-5 pasu haram diorang tak nak kasi kurang sikit pun...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...