Sunday, November 13, 2011

JJCM ~ MIMPI MUOR...TERSANGATLAH INDAH KE?

















Apa hal lak Mimpi Muar tersangatlah indah, Kjee oiiii? Hmmm ni nak citer kat korang pasal kami tersesat tengah hari semalam (Sabtu 12 Nov). Selepas mendaftar diri kat Convention 4Life di Hotel One World, Damansara, Shila mengadu lapar. Tak bekfas dia kata.




So kami pun naik kereta Shila sebab malas nak keluarkan kereta kami sebab rugi dah bagi jockey parking. Kalau keluar tak sampai setengah jam, kena jugak bayar RM18. So, kami berlima naiklah kereta mereka dengan Nan jadi pilot.

Pusing punya pusing cari tempat makan, kami tersesat sampai ke Mutiara Damansara. Nan nampak sebarisan kedai2 baru belakang Pondok Polis Mutiara Damansara. Dan apabila lalu situ, Shila terjerit nampak Restoran Mimpi Muar dengan banner Asam Pedas Muar.

So kami pun, bagai orang mengantuk disorong bantal, terus singgah. Ketika itu, restoran sarat barat dengan customer. So kami pilih duduk di meja yang diletak di kaki lima. Shila paling happy sebab dia kata kalau ramai orang mesti sedap. Eh macam mana dailog boleh sama dengan Kjee?

Kjee bagi Shila pilih apa sahaja yang diinginkan sebab Kjee dah niat nak belanja dia kerana dapat pengiktirafan Diamond 4Life hari ini. Dia pun pilih asam pedas ikan pari dan asam pedas ikan merah buat Kjee. Kalau sakit bisa2 tulang tak boleh makan ikan pari walaupun hati Kjee berlonjak2 nak makan huhuhu.

Selain itu, Shila ambil sayur kambes (peria) goreng telor, sayur kangkung goreng belacan, ulam2, telor asin dan telor dadar.

Patutlah ramai orang. Memang sedap sangat masakan orang Muor ni. Hah Muor? Well, kalau korang orang Johor tentu tahu, orang Johor sebut Muor untuk Muar. Ini first time Kjee makan asam pedas Muor di luar Muar yang sedap. Kat KL pun berlambak orang jual asam pedas yang mereka kata Muor mali tapi rasa tak se muor Muar!!

Shila malu2 nak hirup kuah tetapi ade aku kesah? Bab hirup menghirup bagi kat aku! 

Rasanya memang cukup segala2nya. Ada rasa lada hitam yang memang dibubuh kalau orang Johor buat asam pedas. Segala macam jenis ikan dijual di restoran ini. Kalau korang tak percaya sedap ke tidak, pergilah sendiri. Kuih muih yang dihantar orang ke restoran itu seperti seri muka, bingka ubi dan bingka jagung sedap sangat2.

Alamatnya: 
Mimpi Muor
26-1, Jalan PJU 7/16A
Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya

Camner pulak harganya? Well pada Kjee, berbaloi dengan apa yang kami makan tadi. Kalau murah pun tetapi tak sedap, buat apa kan? Tadi Shila tadi order 3 potong ikan pari, tiga potong ikan merah, kangkung goreng belacan, ulam2, sayur peria (kambes) goreng telor, telor asin, telor dadar, 6 pinggan nasi putih, dua piring kuih muih dan air, termasuk 1 gelas sirap Bandung. Bilnya RM95 untuk 5 orang.





10 comments:

Anonymous said...

pada pendapat saya ... memang MAHAL terlampau. YEr lahh tengok pada kuantiti sayur tu .. telur tu .. macam tak berbaloi dengan harga. Tapi bagi orang yang memang rasa asam pedasnya sedap MAUT, harga RM95 kira padan.

Kjee said...

sekarang apa saja lauk ikan, memang mahal! tapi semalam kami order dua pinggan asam pedas ikan pari dan dua pinggan asam pedas ikan merah.

sharifah rosidah said...

Ada restoran baru ni, nanti nak cuba juga tengok pun macam sedap.

Anonymous said...

saya selalu pegi...kenkadang tapau kuah saja..-Mulan Jameela

Bila air pasang said...

Pada saya memang berbaloi, ikan merah sekilo aje dah RM23, 24...itu harga kat pasar basah Batu Pahat. Memang terliur tengok asam pedas tu, saya pun suka hirup kuahnya. Saya lagi suka kepala ikan merah, especially matanya...marvellous...

Anonymous said...

MIMPI MUOR MEMANG TERBAIK..... NEVER MIND ITS EXPENSIVE, BUT THE QUALITY OF FOOD AND SERVICES, I'LL GIVE FULL STAR AND FULL MARK.... MARVELLOUS, KICK, AND FINGER LICKIN GOOD....
LIKE MIMPI MUAR AT FACEBOOK,
( RESTORAN MIMPI MUOR )

Anonymous said...

mimipi muor the best asam pedas in kl and selangor... pure muar, awek @ mimi rambut panjang duduk cashier mmg cun n peramah...

Anonymous said...

its quite affordable..bagi owg yang memang tau harga pasaran ikan,harga x jadi masalah asalkan makanan 2 berkualiti....bak kata kjee makan murah pun tp tak sedap buat ape kan?klu nak murah masak sendiri la...hahaha

Anonymous said...

thanks a lot kak jee n fwen2 yg lain.coz sukakan mimpi muor

Anonymous said...

Ada keluar JJCM ahad lepas, dah pergi sini last month boleh lah tapi x lawan Asam Pedas Jalan Joned di Muar sana. :D

- PF

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...