Friday, November 18, 2011

KEDAI NI KELUARGA KJEE DAH LANGGAN 5 GENERASI!

Bakso kosong
Kedai Mi Jawa Suwarno di Pasar Minggu, Kuala Lumpur mempunyai banyak sangat kenangan dalam hidup Kjee. Kjee dibesarkan dengan Mi Jawa ini yang resipinya memang ori dari Tanah Jawa. Kini taukenya sudah pencen dan diambilalih oleh anak sudaranya tetapi rasanya tetap maintain.

Kjee kata kedai ini banyak kenangan sebab ia adalah makanan favorite kami sekeluarga dari lima keturunan. Nadia adalah generasi ke-5, believe it or not!! Ini bermakna, bermula dari nenek moyang, nenek, bonda, Kjee dan Nadia sudah makan di kedai ini. Kalau Nadia ada anak kelak, akan jadi generasi ke-6!! Sempoi nya!!


Sate kambing 
Soto Jawa







Mi Jawa

Mihun Soto

Kicap cili api


Signboard pun main  conteng jer. hehehe

Gerai pesen lima puluhan



Mesti korang pelik kenapa sampai 5 generasi Kjee makan di situ. Hebat sangat ker? Entahlah, tekak Jawa kami memanglah sesuwai sangat makan Mi Jawa dan Soto Suwarno. Sekarang dah ditambah pulak menu Bakso dan juga sate Kambing! Jugak menjadi favorite kami sekeluarga!

Tadi, sewaktu jemput Nadia dari kampusnya di Cap Square, KL, masing2 tak tahu apa nak makan. Unclepali nak makan kat Kudu tapi Kjee kata dah petang lauk mesti habis. Lagipun esok dan ahad, tauke Kudu (adik beradik kembar) cuti balik Penang. Kjee suggest Wong Solo kat Kpg Baru. Nadia pulak nak makan soto.

So beraraklah kami ke Pasar Minggu. Nasib baik tak hujan. Kedai or gerai ni dah wujud lebih kurang 55 tahun!!! So pepaham jer lah. Dia orang tak renovate sejak Kjee kecik. Or mungkin tambah sikit kat dapur dan baiki atap. Sebiji macam gerai dalam drama or filem di Indonesia!!

Kalau tak silap Kjee, pernah Kjee tengok gerai ni dijadikan lokasi drama tapi tak ingat drama apa. Mungkin Suamiku dari Seberang or something like that.

Hari ni, kami makan yang wajib. Nadia order soto tak nak ayam lebih bergedil, Unclepali mihun soto dan Kjee order Mi Jawa dan Bakso kosong (tanpa mi or mihun). Setiap pinggan harga RM3.50! Keenakan rasanya lebih daripada harga tu tau! Kemudian Nadia teringat sate kambing. Kjee order 10 cucuk. Sate ni unik. Tak ada kuah cuma kicap cili pedas dan hirisan bawang serta tomato. Harga 10 cucuk RM8.

Malas nak citer panjang lagi. Cubalah korang try sendiri. Masuk je ke bahagian belakang Pasar Minggu, Kampung Baru dan tanya mana kedai Mi Jawa Suwarno.

Tadi bil kami RM22.50 jer termasuk air. Kenyang cam nak pengsan!!


Sempoi je kan?


7 comments:

PCL said...

salam kjee, pcl singgah sini nk kenal2 lg dgn kjee...jln2 cari mkn mmg pcl gemar sangat...akn dtg lg insyaalah.

Anonymous said...

Kjee pasar minggu kg baru ni pasar basah jugak ke... saya mmg hantu soto .... Teringin pulak tgk gmbr2 tu

Kjee said...

bukan pasar basah. actually nama dia pasar tapi sebenarnya kedai2 makan saja.

azuriah aziz said...

salam kak je nie yang dekat flat kg.baru tue eh...dulu saya pernah stay sana dekat asrama utm...ada pasar kat situ tapi tak silap saya dah terbakarkan...pastu ingat lagik kat situ ada kedai jual senjata2 antikkan....nanti kalau g kg.baru nak cubalah.....

hmylieen said...

kak jee, patutlah saya penah nampak kak gee sekeluarga mkn kat gerai nii...saya sukerrr soto & mee jawa memang superbbbbbbbbb!!murah lagik!!

AIN said...

aduh kak jee..sate kambing my faveretla..ada delivery tak ke bukit jalil..tgh ngidam...uwaa

Othman said...

Wow... Menariknya. Boleh dapat position GPS tak? Boleh terus tuju kat situ

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...