Sunday, November 20, 2011

LEPAS RINDU JUMPA KHAIRIL ANWAR AMAN DAN KELUARGA





Semalam ketika Kjee tengah tunggu nak masuk dewan untuk mendengar Health Talk di opis 4Life, tetiba Unclepali datang sambil bisik katanya di bilik jualan di sebelah bilik itu, dia ternampak pelakon yang selalu datang bawak famili masa kami berniaga dulu.


Kjee blur seketika. Unclepali ni memang jarang kenal nama artis. Dia main sebut jer ikut description dia sendiri. Kjee tanya siapa. Dia kata ala yang anak pelakon tu suka sangat makan maggie goreng kosong no cilli. Terus teringat Kjee kepada aktor Khairil Anwar Aman.

Seketika kemudian, Khairil, isterinya Nik yang semakin lama semakin comel dan awet muda (ni mesti makan Belle Vie hehehe) dan tiga anak mereka datang. Rindunya Kjee kapda anak2 Khairil. Mereka akan  singgah makan di gerai Kjee dulu hampir setiap hari, sebelum pergi sekolah kerana sekolah mereka bersebelahan saja dengan foodcourt Anjung Melawati.

Dan lebih tiga tahun tidak menemui Khairil, Nik dan anak2. Maklumlah dah 3 tahun tak meniaga. Kjee kenal Khairil ketika dia masih berusia belasan tahun. Kakaknya Datin Adib, model terkenal era Noor Kumalasari dulu, adalah kawan baik arwah adik Kjee. Dan keluarga Khairil memang kawan keluarga Kjee.

Cantik2 anak Khairil dan Nik. Tiga2 wajah tak serupa. Tetapi rasanya mereka tak minat bidang lakonan macam papa mereka. The last time Kjee tahu, anak dara sunti yang sulung tu minat sukan. Tengoklah umur baru belasan tahun dah tinggi daripada mummy mereka.

Tak sangka jumpa di opis 4Life. Dah 3 tahun, kata Nik mereka sekeluarga berlanggan 4Life. Bapa Khariril, Uncle Yusman Aman (usianya 80-an kot) yang dulu teruk kena lelah, khabarnya sekarang sudah pulih kerana makan Transfer Factor. Alhamdullilah.

Dah lepas rindu Kjee bertemu mereka semalam.


7 comments:

@xiiinam said...

Kacaknya dia....
:D

sharifah rosidah said...

Aku dulu suka tengok dia berlakon.

Cik Rose Cute said...

Udah lama tak tengok Khairil Anwar berlakon tv...

Anonymous said...

Kak jee..nk tanya..dulu ada satu entry kak jee tulis pasal butik jual baju plus size..beh kak jee bg website dia??
TIA

Kjee said...

Sila ke page Plus Size Gems di Facebook.

Anonymous said...

Xjumpa la kak jee..sorry..k jee boleh bagi link tak??

Kjee said...

sorry Plus size gem..mana boleh link kat sini. kena cari kat FB.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...