Wednesday, November 2, 2011

SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH


Walaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,
Shahezy memberita mStar, dia akan menyambung kontrak yang bakal tamat pada penghujung Disember ini.
"Khabar angin itu tidak benar sama sekali kerana saya akan meneruskan kontrak saya dengan MIG untuk tahun seterusnya.
"Saya tak tahu apa yang orang luar berkata tentang MIG, tapi bagi saya MIG menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menguruskan kerjaya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin.
Dalam pada itu, dia turut menafikan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan tersebut seperti yang dikatakan segelintir pihak.
Bercerita tentang filem Aku Bukan Tomboy yang bakal ditayangkan pada 17 November ini, Sam berkata cabaran utama adalah memberi mutu lakonan yang berbeza dari filem sebelum ini.
"Cabaran berlakon filem ini adalah mencari kelainan dari filem-filem sebelum ini,
"Saya sudah biasa bawa watak komedi, jadi saya mahu penonton rasa bosan dan takut lawak-lawak saya tidak menjadi atau tidak kelakar," katanya.
Dalam filem tersebut Sam memeggang watak sebagai Harry kawan baik kepada Isha lakonan Scha Alyahya. Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang kehidupan gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kematian ibu.
Biarpun mempunyai sikap seperti seorang lelaki, Isha diminati oleh dua orang jejaka iaitu Harry dan Burn (Syamsul Yusof).

1 comment:

  1. Shaheizy aku suka lakonan dia menjadi je, dia pun tak sombong jadi memang ramai lah yang minat kat dia.

    ReplyDelete