Saturday, November 19, 2011

SHIRA NAK BERHENTI JADI DEEJAY?


Shira dan Ijoy

Kjee memang paling tak suka buat dua atau tiga kerja sekali gus. Kalau buat satu satu kerja, Kjee akan fokus dan selesaiikannya sebaik mungkin, baru Kjee beralih kepada kerja lain. Ini pengalaman yang Kjee dapat masa jadi Pengurus Produksi drama (PM or Production Manager) dulu.



Ada PM yang boleh buat dua tugasan sekali gus semata2 kerana duit. Dia pasang assistant yang cekap tapi selalunya dapat yang less cekap dan dia monitor atau pantau dari jauh. Tetapi pada Kjee, itu suatu kerja yang berisiko tinggi. Bukan mudah jadi PM. Berjaya atau tidak sesuatu produksi itu bergantung di atas kecekapan seorang PM.

Produser keluarkan duit berpuluh2 ribu (untuk drama) dan lebih sejuta ringgit untuk filem atau dramanya. Kalau dia dapat PM 'kaki kencing' maka punah ranahlah harapan dia nak dapat end product yang bagus dan boleh dapat untung.

Sebab itulah, apabila Kjee berjinak2 dengan bisnes baru ni nak sebut 4Life nanti ada pula yang mencebik Kjee 'korbankan' seketika karier Kjee sebagai penulis skrip Buat seketika jer. Skrip terakhir Kjee ialah Kasihnya Rima (13 Episod) dan Phee Lam Lee (13 episod jugak). 

Buat apa nak tamak kan? Sini kejar, sana kejar, last last habuk pun tarak!

Kjee hanya boleh buat kerja rumah, dua kerja sekali gus. Misalnya sambil tengok tv (itu kerja tau) sambil melipat kain baju. Sambil tengok TV peluk kucing atau sambil makan jawab telefon kalau tercekik belakang kira. Banyak lagi yang boleh buat dua kerja sekali gus dalam rumah tapi itu korang fikirkanlah sendiri kan.

Wah ini entry merapu Kjee, korang mesti kata. Habis tu kalau tak ada entry korang complain. Nasib lah kan. Hehehe

Anyway berbalik kepada cerita terkejar sana terkejar sini buat kerja semata2 kerana duit, Kjee teringat cerita Sharifah Shahira atau Kjee panggil Shira yang khabarnya nak tinggal Suria FM kerana tak larat. Maklumlah Shira ni serba boleh. Serba boleh dan bagus sangat dalam apa jua bidang yang dia ceburi.

Shira dan Halim Othman - foto2 ehsan google

So bila serba boleh dan bagus, pasti ramai yang nak ambil dia samada untuk berlakon mahupun jadi pengacara. Pepaham je lah, kalau jadi pengacara majlis, mestilah sampai jauh malam. Tetapi pepagi buta dah nak kena bangun gi Suria FM jadi deejay.

Shira kata dia sudah mula rasa bebanan kerjanya terlalu berat. Anak2 pulak kecik2 dan ramai sempat gak ko buat ramai ramai kan Shira. So latest story Kjee dengar dia macam nak berhenti bangun pagi2. So maknanya tak nak lah buat kerja deejay lagi. Gossip dia nak berhenti tu dah lama tersebar. Tetapi Shira kata dia belum buat keputusan lagi.

Fikirlah baik2. Dalam terkejar2 cari duit, bodi pun kena jaga, Ijoy dan anak2 pun kena tengok2 jugak. Mereka seharusnya diutamakan. I guess only you can decide what's best Shira. Good luck!


3 comments:

Arizakiah said...

Zakiah setuju sangat pendapat kak jee tu...kita tak boleh terkejar-kejar sangat semata-mata ada masyuk.............
Dulu zakiah terkejut shira jadi dj, pengacara tv 9 dan banyak rancangan tv.....
Keputusan menolak salah satu tu memang betul.....

sharifah rosidah said...

Takut kalau dah banyak sangat keluar kat sana sini, orang pun fed-up nanti, asyik2 muka kau dan suara kau je kualiti pun kena jaga juga.

Kak Sal said...

sangat suka ngan syira..kalau dia yg jadi MC anugerah skrin aritu mesti x bosan....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...