![]() |
| antara herba tradisional dalam pantang - foto2 google |
Sebab itulah Kjee terkedu apabila terbaca berita Ayu Raudhah yang baru sahaja keguguran 26 Oktober lalu, kembali ke set drama untuk bekerja. Kerja sebagai seorang pelakon bukanlah ringan. Ia memerlukan kekuatan mental dan fisikal. Jika tidak kuat kedua2 aspek itu, maka terjadilah perkara2 yang tidak diingini seperti jatuh sakit atau emosi mudah terganggu.
Ramai wanita mengambil mudah kesihatan selepas keguguran. Kjee pun sebenarnya dua kali lima. Apabila bonda nasihat supaya jaga pantang, Kjee abaikan. Maklumlah kita mesti anggap diri kita dah sihat sebab kalau bersalin, kita nampak ada baby di sisi. Kalau keguguran tak ada. Terus kita abaikan pantang larang yang sepatutnya.
Kerana itu, apabila sudah tua, Kjee seringkali sakit2. Sakit sendi, sakit pinggang dan macam2 lagi lah. Kira tapau semua, kata sahabat Kjee, Shila. Kalau sudah ada penyakit2 macam itu, ia akan menyukarkan kita melalui hari2 tua.
Pendek jer cerita Kjee pagi ni. Cuma sebagai peringatan kepada adik2 supaya jangan jadi macam Kjee. Menyesal tak guna tau.




24 comments:
assalamualaikum kak jee ...
saya juga pernah keguguran once ... discharge from hospital, saya diingatkan supaya berpantang, berurut & bertungku ... makan pun kena pantang ... cumanya, tempoh berpantang tu je saya ambil separuh daripada tempoh berpantang bersalin ... 22 hari aje ... he heheh ...
saya pun baru lepas keguguran..dh setahun lbh kawen,baru nk lekat tp jatuh jugak...mungkin belum lg rezki kami..tp ummi n mama saya tetap berpesan supaya berpantang!!tp sy takla sempat nk bertungku bagai sbbnye bz ngan keje...cuti pun dpt sekejap je..
Ya betul...separuh jer tempoh tetapi jangan langgar pantang..elok untuk hari tua.
saya pun keguguran berkali2...langgar pantang,sbb xde saper nk ajar pun.pantang nyer hanya xminum ais..yg lain selamat..huhu..mengemas rumah ,mengemop bagai semua buat sdiri,masa kerja kilang dulu pun semua buat sendiri,angkat brg berat2(org jantan xleh harap)...kalau nak tolak lemari guna bumper yg besor ni...hah sekarang ambik kau dah rasa sakit segala2 nyer.
kpd org muda2 tu berpantang lah..nni menyesal seumur hidup
betul tu k.jee..
ayu pernah gugur.ayu pantang ala2 orang bersalin.
bukan apa, badan nak pakai lama
saya yang operate due to cyst and endo pun mak saya pantangkan tapi tak strict macam orang bersalin or keguguran.. actually it helps..my gyne impressed sbb luka kering dgn elok, jahitan bertaup..cuma dia tak puas hati dgn parut luka (my hubby and i don't really mind pun) sampai dia kata if tak clear juga dia nak refer ke plastic surgeon... hahaha.. tak nak lah!
p/s: k. Jee saya sedih baca ttg Lemon. innalillahwaiinahirojiun.. take care.. (zaph)
....adik di skul mamaijat baru keguguran aidil adha lalu.mamaijat ada nasihatkan jaga makan & pantang...tapi dia ni pesen payah makan ubat...apa lagi nak makan halia, bawang, putih kunyit & lada hitam yang macam mak mamaijat selalu buat kan tu..uuurrmmm..xputus asa..akan cuba pujuk juga....kesian..cos usianya dah 41 tahun & selalu x sihat...muka pucat &..kurus sangat...........
betul tu kak je..
mak mertua kita kata..baiklah pantang beranak daripada pantang keguguran ni..
pantang elok2..makan jaga segala
betul tu kak jee, yg keguguran pun kena berpantang sama mcm baru lepas bersalin kan. semua ini utk kebaikan kita jugak kan, org tua selalu cakap (sebelah utara) jaga diri elok2 badan nak pakai sampai tua. saya mulanya tak berapa faham sgt apa diaorg pesan, rupanya suruh jaga diri dan kesihatan agar esok2 bila tua tak lah sakit sana sini.
Salam kak jee..saya anak dh msuk 6 bulan tp still bpantang sbb breastfeed baby xboley mkn sukati..mama mrah sgt klau xikut pantang..lgpun saya fikir xnk tua2 nnt sakit mcm2 myusahkan org lain,so bpantang jugak la skang ni..pantang saya mknan sejuk dan berangin,mndi air sejuk,mndi mlm..still btungku gak kdg2..
biasanya kalau keguguran.... mc 2 minggu jer...
tungku tu la kita guna masa pantang.. tungku besi tu berat sgt..
Ada orang tu bersalin pun tak berpantang langsung. Kita ni pantang la jugak.. pantang makan je la.. lain2 tu mcm krg je pantangnya. Walau 1st baby.. tetap nak kena settlekan keja rumah. Walau ada mak tolong, tapi takkan kain baju hubby pun nak suruh mak basuh.. even guna washing machine pun.
Aku pun pernah keguguran sebelum aku lahirkan shiqin dulu, memang aku berpantang macam orang yang baru bersalin.
Kak Jee, saya suka lah tungku letrik tu nak beli kat mana - kedai kak Jee ada jual tak.
kjee tak jual. kat gm klang dan chow kit ada.
Assalamualaikum Kak Jee...sy baru sebln lps keguguran..masa tu very emo...it took a while tuk tenangkan diri...pantang pun ala2 kadar tuk 2 minggu..skrg dh blh buat kerja rumah..
Kak Jee,klu dh sbln baru mkn ubat masih blh lg kah?
Kjee faham apa yg awak lalui. Sepatutnya tepikan dulu rasa tidak tenang dan tmupukan kepada kesihatan badan. Makanlah ubat sehingga badan terasa segar kembali. Insya allah kalau badan sihat, kemungkinan untuk hamil lagi, amat tinggi. Insya allah.
kjee boley kah kita memakan jamu or ubat selepas 44hari bpantang...atau adakah kita ptt makan semasa dalam pantang???
Nk tye sy bru lps kguguran mgu lpas..skrg nie tgh berpntang..nk tye biasa bertgku ng berurut bila boleh buat yea..
Salam. Elok mintak pandangan bidan/tukang urut yang berpengalaman.
Saya pun sedang berpantang ni, keguguran kandungan 4 w 6 d. Nasihat k.jee tu mmg sgt berguna.
Saya baru lps keguguran kak jee...sdihnya hati ni....
Janganlah sedih. Kjee pun banyak kali gugur...Allah Maha Mengetahui. Ikutlah berpantang ya.
Sy br pas abortion @ 14jan br ni..skang tgh pntg.mkn ikn panggang,sup sawi hari2..ni dh ggur kali ke3..
Post a Comment