Wednesday, November 30, 2011

WE ARE BACK IN KAY ELL


EHSAN GOOGLE


Kjee, Unclepali dan Nadia dah selamat sampai di rumah. Hujan lebat sepanjang jalan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur! Sangat2 merbahaya. Terima kasih semua kerana mendoakan kami selamat pergi dan kembali!

Mujurlah driver kami setaraf dengan driver Formula One! Thnx sayang sebab bawa kami pulang dengan selamat. Kalau Kjee yang drive, pasti tidur kat R & R jer sampai hujan berhenti. Hehehe.

Dato Hafifi Hafidz yang follow Kjee dari KL, turun di Ipoh kerana ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Mudah2an Allah swt mempermudahkan segala urusannya esok. Insya Allah.








Oleh kerana siang malam pekena nasi kandaq, Nadia sekali lagi kantoi. Sewaktu berhenti di R & R, Gunung Semanggul, Nadia mula menampakkan keletihan. Muka dia pucat lesu. Habis keluar semua yang dimakannya sejak pagi. Hmmm, perut dia sekarang dah tak tahan makan makanan pedas dan berempah.

Anyway, terima kasih semua kerana masih intai blog Kjee walaupun tak ada entry sepanjang semalam dan hari ini. Kjee semak2 statistics dan mendapati, ramai yang baca entry2 lama apabila tak ada update baru. Hari ini sahaja page views melebihi 11,000. Terima Kasih.

Kjee dah keletihan. Tadi sampai saja di KL, terus kami ke office 4Life sebab ada banyak order yang harus dipos esok. Alhamdullilah, hari ini dan semalam Kjee berjaya dapat 5 orang menjadi ahli baru. Satu di Alor Setar, 2 di Sungai Petani, 1 di Ipoh dan 1 lagi di pejabat 4Life Kl, pukul 8.30malam. 

Kjee dah berjanji dengan prospect yang mengidap kanser untuk bertemunya jam 8 malam kerana fikirkan sempatlah balik dari Alor Setar. Manalah nak tahu hujan lebat. Tetapi mujurlah ada yang sudi bantu uruskan pendaftarannya. Terima Kasih Siti Faizah, International Diamond yang ayu jelita, kerana membantu.

That's all for tonite. Gud nite and sweet dreamzzz.

Kalau ada kumpulan2 kecil yang mahu Kjee, Dato Hafifi dan Datin Azlin datang ke tempat anda untuk buat presentation mengenai produk Transfer Factor 4Life, sila hubungi Kjee di no 0126780501.

5 comments:

Anonymous said...

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Mat Gebu said...

Alhamdulillah selamat sampai sudah kak jee... Bila berbicara pasa Fauziah Abdul Samad mana yang belum bertentang mata, mereka pasti tak kan kenal. Tapi percaya lah, kak jee ni ibarat kata orang2 tua indah kabar indah rupa (menten tegang kulit gitu)...kan...eh ini bukan komen mengampu..tapi sebab mat gebu dah bertentang 4 mata, dan berborak sampai tempias, kan kak...hahahaha....

makcikkantin said...

Wah 5 downline in few days, makcik tabik lah. Pandai kak jee. Makcik tak dak aura ke arah tu.....tak pandai or tak cukup kuat usaha, wallahualam. Go kak jee go.

Kjee said...

che mat: tak kenal maka tak cinta kan kan kannnn. samalah macam awak. ikhlas ketika menulis dan telus ketika ebrbicara. memang tempias betul che mat. len kali kalau nak jumpa lagi, awak kena stand by payung...sempatlah nanti ngelak2 tempias hehehe

Kjee said...

ala mak cik kantin...kjee dah senja barulah nak beljar buat bisnes camni. sebenarnya, dalam bisnes MLM, tidak perlu susah2 cari down line. orang cari kita kalau produk kita bagus dan berkesan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...