Wednesday, January 11, 2012

JJCM - MI UDANG MAK JAH DI KL...SAMA TAPI TAK SERUPA



Udang Goreng Kunyit - macam2 saiz udang

Mi udang special

Apabila Dr Ina Harlina kata dia pergi makan Mi Udang Mak Jah, Kuala Sepetang di Wangsa Walk, Kuala Lumpur, barulah Kjee terkenang semula keenakan mi udang itu masa Kjee makan di Kuala Sepetang Disember lalu. Bila Kjee tulis dalam entry yang Mak Jah ada cawangan di KL, Dr Ina rupa2ya lebih dulu menerai. Baca di sini.







Isyhh Ina, mana boleh lawan tokeh! So, petang tadi Kjee pun pergilah ke cawangan di Wangsa Maju, bersama Unclepali dan Nadia. Tak susah cari sebab Dr Ina dah kata berhampiran dengan restoran Cheng Ho. Apabila kami belok kanan je nak pergi ke arah Cheng Ho, nampaklah kedai Mi Udang Kuala Sepetang. Sonang bonar carik.

Ambience kedai okay. Taklah panas macam gerai Mak Jah di Kuala Sepetang. Masa Kjee pergi, restoran lengang. Masa tu dah petang nak dekat sangat Maghrib. Kalau dibandingkan dengan gerai Mak Jah kat Kuala Sepetang tu, fuhhhh jauh beza.

Anyway, Kjee pun orderlah Mi Udang special. Nadia order Kwayteow Udang Special, dua2 semangkuk  RM12. Unclepali pulak order nasi putih dan Udang Goreng Kunyit Special (RM13) dan Telor Dadar (RM1.80).
Kway teow Udang Special

Udang Goreng Kunyit Unclepali sampai dulu. Kjee pun keluarkan kamera. Tetiba Kjee terkejut. Pandang tepat pada mangkuk warna hitam. Ehh kenapa udang dia campur2. Yang kat atas diletaknya udang galah yang tak ler besar sangat. Dan bawahnya disusun udang gred C, D dan E. 

Kjee nampak waiter lalu. Kjee tanya kenapa udang dia tak sama saiz? Dia jawab selamba ala2 menyampah: "Dah nasib baiklah makcik dapat udang besar hari ni. Selalu lebih kecik!!" Hmmm kata special dengan harga RM13. Kalau tak silap Kjee, di Kuala Sepetang sana, mi udangnya harga RM12, ada 8 ekor dan semua besar gedabak!

Tak kisahlah. Sementara menanti order Kjee sampai, Kjee pun ciloklah satu udang. Kjee pilih yang paling atas dan semestinya paling besar. Ala2 udang galah. Hampeh!!! Udang tak fresh. Ketika Kjee tanggalkan kulitnya, berterabur isinya!!! Ada 6 ekor udang semuanya.

Never mind. Bagilah can lagi. 

Mi Udang Kjee pun sampai. Kjee ambil sudu dan hirup sikit kuahnya. Hmmm rasanya lain dari di Kuala Sepetang. Cucu Mak Jah memang dah kata ada orang kata tak sama. Tukang masa lain lah pulok.

Korang nak tahu apa komen Kjee? Well, rasanya sedap sikitlah dari yang di Kuala Sepetang. Cuma Kjee confius sebab kuahnya terlalu banyak dibubuh tomato sos dan jugak cili sos kot sampai rasa macam Mi Kuah Tomato. Maaf cakaplah...tapi rasanya Mi Udang yang Unclepali buat masa kami meniaga dulu lagi sedap!!

Okay itu bab rasa kuah. Udangnya? Well, samalah macam udang kunyit tadi. Pandai dia orang sorokkan udang yang kecik2 kat bawah dan seekor udang galah yang besar sikit kat atas.

Hampa dan kecewa. Itulah perasaan Kjee. Kenapalah dia orang buat macam tu? Kalau orang pernah makan Mi Udang Mak Jah yang ori di Kuala Sepetang, pasti mencebik tengok udang yang dihidangkan di restoran ini. Udahlah udangnya kurang banyak dan kurang fresh, harganya pulak tak berbaloi!

Masa Kjee pergi Kuala Sepetang, kami cukup puas hati dengan jumlah udang dan kesegarannya. Memang udang yang special dari Kuala Sepetang. Walaupun cucu Mak Jah dakwa udang di restoran mereka di KL ini, udangnya dibawa dari Kuala Sepetang, tapi Kjee tak percaya. Rasa dan saiznya sikit lebih kurang macam yang biasa Kjee beli di pasar borong, NSK atau Sri Ternak di Selayang.

Sorrylah...Kjee tak mungkin akan ke sini lagi. Kalau teringin sangat, Kjee sanggup drive tiga jam ke Kuala  Sepetang, Perak. Korang janganlah percaya cakap Kjee 100%. Terailah dulu yer. Tapi kalau korang terai di Kuala Sepetang, pasti puas hati. Lihat sini. Hehehe.

Opsss kalau korang baca kat sini, rasa2nya lagi brutal. 



13 comments:

  1. Laaaaa, urmmmm, hah!! Smpi tak terkomen kita. Jatuh imej mee udang Mak Jah yg ori kat Kuala Sepetang. Aiii, tetiba rindu lak ngan mee udang Mak Jah.

    ReplyDelete
  2. Kjee, memang pun tak sedap makan kat situ. Saya dah pergi makan dah. Memang kecewa sangat. kalau nk compare yang dekat Kuala Sepetang, beza sangat2.

    Sy pun dah buat review ....

    http://secretwordfromheart.blogspot.com/2011/10/jalan-order-dan-makan-mee-udang-banjir.html

    ReplyDelete
  3. Hehehe Kjee dah baca entry awak, Cik Kamoo. Kjee tak sampai hati nak tulis cam tu. hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalam K/Jee~~~ ibu pernah ke restoran Mee Udang di Wangsa Walk.... pergi dgn boss (cina singapore) masa tu jam 12tgh... memang lenggang sbb customer belum ramai..... sgt tidak seronok dgn keadaan pelayan yang dok bersembang sesama sendiri dan ketawa berdekah2.... tapi belum amik order..... adalah dlm 1-15 minit menunggu.....betul mcm k/jee ckp.... order mee udang biasa dan mee udang special.... hanya seekor je yang besao... tapi sah2 tak fresh..... so, my boss kata, 'this is my first and last dtg mkn kat sini'~~~` hurmmmmm...... :-)

    ReplyDelete
  5. Sy pun pernah makan kat Kuala Sepetang tu. Memang udangnya besar dan sedap. Harga pun RM12kan? Ishh xnaklah gi yg kt KL nih. Sy pun sanggup gi Kuala Sepetang kalau betul2 tingin nak makan mee udang! Hehe...

    ReplyDelete
  6. depa ni nak francais nama je tapi quality out..sama mcm kes murtabak pak ali laa
    meniaga mcm ni semua menda nak kena standardised dari segi jenis udang, kuah, rasa, bahan2..
    masak ikutlah sukatan jangan main boh jer....

    hei tutup jelah kedai tu..nama gah tapi hampehhhh

    ReplyDelete
  7. Kjee ... itulah realiti yg saya dapat masa makan Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju tu. Sedih sangat. Kira entry tu memang rasa tak puashati sungguh

    ReplyDelete
  8. betul cakap kak jee..huda pun pernah makan mi udang mak jah kuala sepetang,memang sedap,udang banyak & besar2..memang puas hati & nak pergi lagi kedai mak jah tu..

    ReplyDelete
  9. Memang benar apa yang rakan2 cakap.Sy dh makan mee udang di Wangsa Maju dan sudah selalu makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang...ternyata rasanya berlainan...udangnya pun tak fresh...tak banyak plk tu...harganya pun mahal...kalau di Kuala Sepetang Rm7 yg biasa tapi di Wangsa Maju Rm8.
    Rasa yg sungguh mwngecewakan...

    ReplyDelete
  10. Nanti kalau pgi kuala sepetang beritaulaj mak jah. Manatau dia blh ajar cucu dia dan org taklah rasa ditipu. Susah kalau niat berniaga nak cepat kaya. Mutu tidak diutamakan.

    ReplyDelete
  11. Org Melayu berniaga memang mcm tu nak untung tapi kualiti xpa

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Nasib dh baca komen dulu...mmg ingat nk pegi kt Wangsa Walk....kansellll....terima qaseh semuaaa....

    ReplyDelete