Saturday, December 17, 2011

SELAK UDANG BARU JUMPA MI DI GERAI MAK JAH KUALA SEPETANG











Dah banyak Kjee dengar orang memperkatakan tentang kesedapan mi udang Kuala Sepetang. Maka hari Khamis lepas ketika kami hadiri majlis Pelancaran Human Chain Ziarah For Peace di Changkat Jering, Dato Hafifi bukak mulut tanya DSP Feisal, kat mana ada makanan sedap di situ?



Maka sepontan DSP Feisal kata Mi Udang Kuala Sepetang. DSP Feisal siap bagi arahan kepada Dato Hafifi arah jalan ke sana. Cara DSP Feisal cakap macam dekat saja. Tetapi Unclepali drive rupa2nya cukup jauh dari Changkat Jering. Sepanjang jalan ada banyak gerai2 jual Mi Udang. Nasib baik kami tak lapar sangat. kalau tidak, mau rasanya singgah jer kat mana2 gerai.

Akhirnya setelah puas memandu dan ikut arahan signboard Gerai Mak Jah, kami pun sampai. Parking jer depan gerai betul2 walaupun ada tanda no parking. Biasalah kan. Hehehe.

Sebaik sahaja masuk ke dalam gerai yang beratapkan zink biru, Kjee perhatikan customer tak ramai. Kjee terus kena serbu dek cucu2 Mak Jah yang tak kira usia. Sorang jer jerit pelakon datang, yang lain semua menderu keluar. Macamlah top star. Kami sibuk nak order mi udang, mereka sibuk ajak bergambar dulu. Alahai hehehe.



Akibatnya, kami bertiga order sahaja Mi Udang Special yang berharga RM11 semangkuk. Masa nak balik baru kami sedar rupa2nya ada menu istimewa lain yang tidak diberitahu iaitu Udang Goreng Special yang dibubuh dalam bekas kaca seperti sampan. Harga cuma rm12 untuk 8 ekor udang yang besar! Tak apa, kata Dato Hafifi. Itu menu akan datang. Hehehe.

Sementara menunggu order kami sampai, semakin ramai orang masuk. Rasa2nya mereka datang dalam dua biji bas. Gerai menjadi penuh sesak. Arwah Bonda selalu kata kalau ramai orang, maknanya makanan sedap.



Order kami pun sampai. Mak oiii banyaknya udang!! Sepatah kata Dato Hafifi..."ini barulah kena selak udang baru nampak mi!!" Dato Hafifi order sambal untuk makan dengan Mi Udang tetapi tak ada. Dato dah biasanya agaknya makan Penang Prawn Mee yang disediakan sambal enak.

Kami pun jamahlah apa yang kami order. Memang banyak sangat jumlah udang dalam mangkuk Mi Udang Special kami. Kalau tak silap ada 10 ekor!! Bagaimanapun, rasa keseluruhan Mi Udang Mak Jah ni biasa2 jer. Kuahnya rasa manis sikit untuk tekak Kjee. Kalau pedas sikit mungkin lebih menyelerakan.




Bagaimanapun, yang pasti udangnya yang fresh membuatkan Kjee terlupa rasa2 yang lain!

Mi Udang Mak Jah Kuala Sepetang ini ada cawangannya di Wangsa Walk Kuala Lumpur, kata Jah cucu kepada Mak Jah. Gerai di Kuala Sepetang buka setiap hari kecuali Rabu dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

Menariknya, kira2 100 orang cucu dan cicit Mak Jah yang sama2 tolong menolong menguruskan gerai nenek mereka ini. Mak Jah sudah berusia lebih 80 tahun dan hanya duduk di rumah kerana uzur.


7 comments:

Ct noarizah said...

Kak saya ni tengah tunggu masa je nak sampai ke sepetang tu nnti nak order udang dalam sampanlah nanti..:).

Masya said...

tak pernah makan lagi sampai ke kuala sepetang, tp kalau ade menghala kesan teringin jgk singgah...

Amie said...

Ya Allah.... banyaknya udang,besau-besau lagi tu...bilalah boleh sampai ke tempat tu...adeeehhh! ngencessss.

lieynanilaz said...

insyaallah 1 hari nanti akan sampai juga...:)

zuwaidah said...

ramai peminat kak jee ni..hehehhehe
ya betul, udang punya la banyak...kenyang banget

Kak Long said...

memang sedap makan mi udang kat kedai mak jah ni..nanti nak pergi lagi lah..nape la masa kak long gi kedai mak jah hari tu tak kena dengan masa kak jee mai,kalau tak,dapat la kak long bergambar dengan kak jee..kak long suka lakonan kak jee..

mee udang mak jah said...

baru2 ni hari raya k8 saya bersama isteri dan 2 anak singgah ke gerai mak jah di kuala sepetang untuk merasa mee udang yg di sebut2 selak udang baru nampak mee.....hai perjalanan dari alor setar ke kuala lumpur...memang jauh tp disebab mee udang singgahlah juga.....sy order mee udang 4 manggkuk biasa...terkejut sy tengok udang dlm mangkuk sy 5 ekor saja sebesar jari kelinking saja, bukan udang laut....4 mangkuk yg sy order sama saja....tak payah selak pun mee pun tak nampak...kuah sj yg nampak.....kami berempat berpandangan....apa ni....klau tahu mcm ni tak singgah pun tak pa kat kl lg besar2 udang.....masa tu penuntut2 dari universiti pertahanan pun ada sebuah bas mereka dtg.....kemudian sy order udang goreng yg dlm kapal....ada lah 2 ekor udang besar ,,,yg 6 lg besar jaring kelinking......rasa rasa menyesal betul singgah kat gerai tu.....mungkin tak singgah lg......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...