Sunday, January 1, 2012

MOGA KITA SEMUA SELAMAT DI TAHUN 2012, AMEEN.



ehsan google


Salam 2011. Kjee tak nak ucapkan Selamat Tahun Baru sebab cliche sangat. Terlalu ramai yang ucapkan selamat kepada tahun baru tetapi tidak kepada diri kita, keluarga dan sahabat kita.

Kjee hanya doakan kita semua selamat di tahun baru. Selamat daripada malapetaka, bahaya serta hasad dengki. Mudah2an Allah swt permudahkan segala apa yang kita usaha dan lakukan demi keluarga, bangsa dan tanahair sepanjang tahun baru 2012. Ameen.







Begitu banyak peistiwa suka dan duka yang telah Kjee lalui sepanjang tahun 2011. Pertama sekali Kjee ingin panjatkan segala kesyukuran kerana Allah swt sayang Kjee dan memberi Kjee lebih banyak masa dan peluang untuk bertaubat.

Memanjangkan usia Kjee bermakna Allah swt masih mahu Kjee bertaubat dan bersyukur keatas segala-gala yang telah diberikanNya kepada Kjee selama ini. Kjee sedar Kjee bukan insan Allah yang sempurna. Tetapi Kjee telah diberi akal dan fikiran. Dan seharusnya Kjee tahu tanggjungjawab Kjee. Tetapi, Kjee tak malu untuk memberitahu, banyak lagi yang harus Kjee lakukan sebagai ucapan terima kasih Kjee kepada Yang Maha Esa.

Tahun lalu, disebalik berita2 gembira, Kjee kehilangan ramai yang Kjee kasih dan sayangi. Adik bongsu Kjee, Hajah Fazilah pulang ke Rahmatullah pada bulan Jun, setelah 4 tahun bertarung dengan kanser. Ini diikuti pemergian seorang ibu saudara dan seorang bapa saudara, beberapa minggu kemudian.

Berita gembira pulak, Kjee menjadi blogger pada tanggal 25 Januari 2011 apabila Dunia Dari Dapur Kjee dilahirkan. Blog DDDKJ telah memberi cahaya baru kepada kehidupan Kjee yang selama ini suram dan muram. Baca sini.

Pada bulan Ogos, Kjee telah berjaya menemui penawar yang membuatkan Kjee boleh berjalan. Begitulah dengan penyakit semput dan Obstructive Sleep Apnea (OSA). OSA adalah sejenis penyakit yang membuat Kjee lemas ketika tidur dan doktor seringkali mengingatkan sekiranya ia menjadi kronik, ada kemungkinan Kjee akan mati dalam tidur.

Hidup kami skeluarga berubah apabila Kjee membuat keputusan berusaha menolong mereka yang sakit melalui suppliment 4Life, penawar yang telah memberi Kjee peluang untuk menemui kesihatan yang Kjee idam2kan, dengan izinNya.

Dan menjelang tahun baru, Kjee berhijrah pula ke tempat baru di Sungai Buloh. Insya Allah ini akan menjadi penginapan terakhir Kjee sebelum dijemput Allah swt.

Kjee tidak mempunyai azam baru. Hanya Kjee mahu menjadi seorang insan yang lebih baik daripada masa2 yang lalu.

Marilah kita semua berdoa agar kita dipanjangkan usia dan menerima rezeki melimpah ruah di tahun baru 2012 ini. Semoga kita dan keluarga kita mendapat perlindungan yang sebaik2nya dan mudah2an kita pasrah dan redha atas segala ketentuanNya. Ameeen.

  

1 comments:

kasihredha said...

Amin...
Selamat tahun baru kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...