Tuesday, February 21, 2012

DALAM SEDIH ADA GEMBIRA

Kjee minat sangat suara Azlina

Bersama Hasnor dan Azlina

Huzz

Amin Zaid Dato Zulkifli Amin



Begitulah rasa Kjee malam tadi sewaktu menziarahi jenazah allahyarham Latif Ibrahim di Taman Keramat. Mana tidaknya...Kjee dapat bertemu semua teman2 dan sahabat2 yang telah lama Kjee tidak jumpa.




Antaranya Dato Sharifah Aini, Azlina Aziz, kakaknya Sharifah Hasnor, Zulkifli Zain, Rozie Rashid, Arifah Damanhuri, Hail Amir, Ramli Sarip serta Dato Tarmimi Siregar. 

Selain itu, Kjee turut bertemu semula dengan otai2 wartawan seperti Bahyah Mahmmod (BAM), suaminya Ahmad Idris atau Abi, Juwie serta Huzz.

Malam tadi Kjee tak dapat lama di rumah arwah sebab badan dah mula rasa tak selesa. Dua tiga hari ni asyik kena hujan sahaja. Tetapi Amin Zaid, anak kepada sahabat lama Kjee, Dato Zulkifli Amin Nordin, beritahu selepas Kjee balik, Dato Ahmad Nawab dan adiknya Akhbar Nawab, Dato DJ Dave, Salwa Abdul Rahman, Siti Fairuz dan Liza Abdullah turut datang menziarah.

Paling teruja malam tadi ialah Nadia. Dia minat sangat dengan Dato Aziz Satar dan Kuswadinata sejak kecik lagi. Dan malam tadi dia dapat bertemu dengan dua idolanya itu.

Seniman Kuswadinata

Atok Ajis kesayangan Nadia


Masa Nadia berusia 4 tahun
Nadia berusia 3 tahun



5 comments:

noor said...

Salam KakJee,
Comel nya nadia masa kecik dulu ...muka tak banyak berubah. Cepatnya masa berlalu lihat flashback gambar. SEmuga idola Nadia sihat walafiat. Sukanya bila Kakjee sudi berkongsi gambar dengan kita semua. Mahal tu gambar lama.

Anonymous said...

Takziah untuk keluarga allahyarham Latif Ibrahim semoga dia di tempatkan bersama2 dengan orang2 yang soleh, Azlina aziz tak berubah langsung serupa macam dulu cantik dan lembut org nya

mama maman said...

al-fatihah buat arwah..

LydSunshine said...

Nadia sebijik mcm muka kak jee.

Aina said...

Pak ajis dan pak kus nampak sehat dan bersemangat lagi:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...