Wednesday, February 8, 2012

SETELAH TIGA MINGGU BARU DAPUR BERASAP





Ingatkan ikan patin yang dijala dari kolam sebelah rumah Kjee tu nak masak gulai tempoyak. Tup2 pukul 2.45 petang Kjee dapat call dari Datin Azlin Ibrahim hari ini meeting di office 4Life untuk PD-ID. Hmmm kami terus bersiap2 ke office. Meeting start kul 3, kami sampai kul 3.30 ptg.

Hancur berkecai hasrat nak masak gulai tempoyak. So ubah fikiran dan masak simple2 jer. Ikan itu digoreng garing. Kemudian buat cicah simple jer. Kicap manis campur dengan jus limau kasturi, bubuh bawang cincang dan cili api.


Tadi Kjee buat kangkung goreng belacan dan telor dadar. Telor dadar itu Kjee buat untuk Unclepali. Dia memang cerewet bab ikan air tawar. Tapi heran pulak tadi dia makan tak ada komplen.

Kjee perap dulu ikan dengan halia dna bawang putih serta kunyit yang telah ditumbuk halus. Perap kira2 setengah jam baru goreng. Agaknya sebab itu tak bau hanyir. Dua ekor sekejap jer habis kami tiga beranak bedal. Hehehe.






Related Posts:

  • AYAM GORENG BEREMPAH Sabtu lepas apabila Nadia kata nak makan Ayam Goreng Berempah, terus Kjee terfikir Ayam Goreng Nasi Kukus. Mana nak cari siang-siang buta. Setahu Kjee ada dijual berhampiran stesyen minyak Petronas di depan kilang Te… Read More
  • LEMAK IKAN TALANG STAIL NISMILAN Wah gambar ni diambik pada tahun 2013...post pada tahun 2014. Yezza entri masakan pertama di tahun 2014. Lauk yang Kjee pasti kesukaan ramai. Kjee jarang-jarang buat masak lemak stail Nismilan untuk ikan Talang. Selal… Read More
  • ASAM PEDAS BAWAL HITAM TERUNG DAYAK SARAWAK innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_zone = "22908"; innity_country = "MY"; Kalau beli ikan bawal hitam, Kjee selalu masak kari ataupun masak kicap. Tapi kali ni, tak tahu kenapa Kjee masak… Read More
  • IKAN SIAKAP KUKUS ALA TEOCHEW Sejak seminggu lepas, dah dua kali Kjee sekeluarga pergi makan steamed fish. Semuanya kerana makan steamed fish yang sangat sedap di sebuah restoran di PJ dua minggu lalu. Tetapi dua restoran yang Kjee pergi s… Read More
  • KARI IKAN TALANG MASIN LAGI DAN LAGI Ini lauk favorite dalam rumah Kjee. Langsung tak ada bantahan dari sesiapa kalau Kjee kata nak masak lauk ini. Hehehe. Dah banyak kali Kjee buat dan dah banyak kali Kjee tayang gambar. Sengaja nak bagi koran… Read More

8 comments:

  1. assalam kaK Jee..
    sekali berasap tp menu2 sedap tu kak, ikan goreng dan kangkung belacan he he

    ReplyDelete
  2. kak jee....
    sedapnyee......telan air liur nih...

    ReplyDelete
  3. sedapnye...kalau sy ni,seekor ikan sy sorang je ratah..he3

    ReplyDelete
  4. Walau lama dapur tak berasap menu kak jee ni wat saya terliur.. al maklumlah saya terpaksa makan menu berpantang je nih..

    ReplyDelete
  5. Buat meleleh air liurr jee, nampak limau kasturi tu, keeng kung tu punn, saja kan melambai kat mat gebu...sabarrr jee lahh....

    ReplyDelete
  6. alaaaaaa... frust tak dpt tengok ikan patin masak tempoyak.. hehe. Apa nak buat, KJee. Allah dah kata, Fauziah Abd Samad, rezeki ko kari ni ikan patin goreng jadi tu yg terjadi ikan patin goreng, hehe.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kakjee...wah sedapnya ikan bakar n cecahnya walaupun simple tapi boleh buat air liur meleleh...:)

    ReplyDelete