Monday, February 20, 2012

SEPETANG DI TASIK BIRU, KUNDANG

Kalau guna camera boleh zoom in jet ski yg nun jauh di tengah tasik kan?








Petang semalam kami ke Tasik Biru, Kundang. Kjee ada kenangan kat tasik ni. Masa muda2 dulu adalah pergi main wind surfing dengan arwah abah Nadia. Masa tu baru kahwin. Tapi orang kawasan tu kata tempat tu tasik maut. Ramai dah lemas.

Kami sampai kat tasik Biru semalam dah dekat pukul 6 petang. Ramai orang berkumpul tengok orang main jet ski. Pada Kjee permainan jet ski 'toys orang kaya'. Yang main semua orang Cina. Budak2 Melayu duduk keliling rempit dan cuci mata anak dara yang mandi manda dekat tepi2 tasik.



Suruh Unclepali bawak kamera semalam dia buat tak dengar. So Kjee suruh Nadia turun amik gambar guna handfon cap ayam Kjee. Gambar tak cantik. Habis nak buat camner. Beli camera canggih2, mahal2, kamera duduk jadi perhiasan dalam rumah.

Anyway, masa tengah edit gambar tadi, Kjee ternampak dua perempuan Melayu bertudung. Satu, jeansnya dilipat hingga paras lutut. Yang sorang lagi sah2 pakai hot pants!! Unclepali kata budak kecik tapi Kjee tengok dalam gambar macam anak dara sunti. Kalaulah nak pakai seluar sependek seluar dalam, tak payahlah pakai tudung. Begitu jugak sebaliknya!

Suka bila MPP (Media Permatang Pauh) tulis dalam blog dia..."anak sapalah tu..."

Yang sebelah kiri tu... apa ke hal?



8 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. cam best je men natang tu kak :)

Nor Hapizah Abd Manan said...

Kak jie dulu sy siap mandi manda kat sini. Tp skg dah lama tk pegi best sgt. Cantik kan. Apasal sengal sgt budak tu he he wat malu agama jer.

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Ada tak coordinatenya? Macam mana nak kesana ye kalau dari Shah Alam...

Nour Madihah said...

ye la kakkk... anak sape la tuuu... sedihnyee..

Angah said...

kak jee,katmana tu,..

eima-caa said...

mcm budak lg Kjee,..

tapi xkisah la budak ke x yg ptg xkena dgn fesyen cmtu...mula2 tgk gmbar ni bukan tgk jet ski tgk budak berdua ni dulu..ekekeke...

~~zAnAfAhMi~~ said...

kalau bebudak, boleh diampunkan, betul tak kakjee?
saya pernah tengok org tua pakai legging, paras lutut tp bertudung, malah bajunya paras pinggang je....ingat nak ambik gmbr, tak sampai hati pulak nayakan org.

Masya said...

basah air apelah sgt.. sampai mcm tu sekali nak selak eluar.. biar btl huhuhuhuhu....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...