Thursday, April 19, 2012

DAGING GORENG KUNYIT PULAK




Lauk ni bukan sahaja enak dimakan tapi mudah nak buat. Sebab itulah hari ini Kjee buat pulak Daging Goreng Kunyit. Kelmarin Kjee buat guna sotong. Lihat sini.

Biasalah Kjee kan. Kalau baru belajar buat menu baru akan diulang sampai penat. Mungkin esok lusa buat ayam pulak. Hehehe



Cara buat Daging Goreng Kunyit ini berbeza dengan Sotong Goreng Kunyit. Lima tahun lalu Kjee pernah tanya maid Indon jiran Kjee cara buat lauk daging ini. Tak tahu pulak namanya Daging Goreng Kunyit.

Menurut maid, daging kena dipotong ikut suka. Pastu dicuci, tos dan perap seketika dengan kunyit dan garam. Pastu rebus sampai lembut dan airnya kering. Kemudian barulah digoreng daging itu, sambil dicampakkan bawang besar yang telah dihiris dan cili merah (atau cili padi). Bila dan nak padam api baru campakkan kacang panjang.

Itulah yang Kjee buat tadi walaupun Kjee guna daging batang pinang. Tapi rebusnya tak lama. Lembut jer (daging batang pinang memang lembut) dan airnya dekat nak kering, Kjee goreng pulak daging itu dan masukkan bawang merah besar yang telah dihiris, carrot yang dihiris mancis dan cili padi yang diketuk2. Lagi banyak cili padi lagi pedas dan sedap.

Kemudian Kjee goreng hingga carrot separuh masak. Kjee masukkan kacang panjang kira-kira dua minit sebelum padam api. 


8 comments:

norliha said...

lapar pulak bila tgk lauk Kak Jee, padahal dah makan dah...

Mat Gebu said...

Tak boleh jadi nihh.....

rahel said...

Adeeiiii..laparnya gue tengok daging goreng kunyit ni..menggamit selera..

Anonymous said...

ok tentu sodap

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Jee. Masak yang simple2 gini memang sedap & lambat nak jemu..

Anonymous said...

Kak Jee...semalam saya dah masak ayam goreng kunyit....walau x sesedap akk msak...tp en hbby habis 3 pinggan...~ztee~

MamaFaMi said...

Huwaaa.... tadi kita baru terhegeh hegeh beli sotong nak terai Kjee punya resepi... lom buat apa pun lagi, dah Kjee bagi daging pulak... Kjee ni 'merempit' gear berapa ni... tak terkejar kita! Hehehe

Suzie said...

Kak jee....saya punya resepi pula daging digaul garam kunyit perap sekejap.Then masuk je dalam kuali ...bila dah kering air daging masukkan minyak sikit2.goreng sampai masak.Lepas tu baru letak bawang ,cili potong dan saya suka letak ketumbar biji.yummmm sedap heheheh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...