Friday, April 6, 2012

PANCAKES UNCLEPALI YANG ENAK




Hari ini Kjee tak berapa sihat. Bukan hari ni sebenarnya. Dah dua tiga hari tapi Kjee cuba lawan gak. Tak tau kenapa...badan rasa lemah sangat...bila jalan rasa cam nak rebah. Anyway, Kjee gagahkan jugaklah. Kalau asik dibuai perasaan lemah gemalai, satu kerja pun tak leh buat kan?


Esok Unclepali akan 'terpisah' dengan kami dua beranak selama dua hari satu malam. Dia pergi kursus Diamond Action Camp anjuran 4Life kat Janda baik, Pahang. Huhuhu jangan dia bawak balik baeeekkk punya janda nanti. Oppssss. 

Tadi masa Kjee sibuk mengapap komputer, ada bau wangi dari arah dapur. Rupa2nya senyap2 Unclepali masuk ke dapur dan buat pancakes. Macam dia tahu2 jer dah lama kami tak makan pancakes dan teringin sangat kan?

Apabila dah siap, Nadia jerit panggil bekfas. Dia bukak satu can kurma ayam untuk Kjee sebab tahu Kjee tak suka makan dengan Maple Syrup.

Senang buat tau. Lagi senang kalau orang lain buatkan dan kita hanya makan. Ewah. Resipi Pancake  Unclepali ada di sini.


1 comments:

POSH76 said...

sedap terliur!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...