Monday, December 17, 2012

AYAM PANGGANG SIMPLE




Tetiba teringin nak makan roast chicken. Nasib baik apabila Kjee sebut jer Unclepali ni game. Actually kalau setakat nak makan tiga beranak, selalunya kami beli jer Ayam Golek Mek Som di Pantai Dalam. Sedap sangat. Hari tu masa balik dari Sri Petaling, UnclePali dah terlajak drive melepas Pantai Dalam.. Nak buat U-turn dah jauh.

So pagi tadi selepas breakfast, Kjee suruh Unclepali beli ayam. Kali ni dapat ayam besar. Dekat 2kg atau lebih. Dah lama tak dapat beli ayam montel cam tu.Selalunya sekilo lebih jer beratnya.

Sampai rumah Kjee terus bersihkan ayam. Maklumlah ayam tu fresh, baru sembelih. Kalau dibiarkan lama2 dalam fridge nanti kureng pulak kesegarannya.

Sementara Unclepali panaskan oven, Kjee bersihkan ayam sambil duduk di dining table sebab hari ni screw pada sendi2 semua longgar.  Ayam dah bersih. Kali ni tak buang kulit sebab ayam panggang harus ada kulit dan sedikit lemak2 ayam baru sedap kan dan garing.







And then Unclepali passkan herba Rosemary, bayleaf, ketukkan lada hitam biji serta olive oil untuk dilumurkan pada ayam. Kjee jugak potong bawang besar sebiji dan cucuk2 sebiji lemon dan sumbatkan kedua2nya di you know where..

Tadi ada tanya Kjee kenapa mesti sumbat lemon dan bawang besar tu? Hmmm sifu Kjee, Ina Garten Barefoot Contessa yang ajar. Kjee ni kan anak murid yang patuh kepada sifu. Hehehe Kjee rasa limau dan bawang itu disumbat untuk beri aroma kepada ayam itu ketika dipanggang.

Kemudian ayam yang Kjee dudukkan atas baking pan dimasukkan ke dalam oven. Dibakar suhu 200 selama 1 jam 15 minit. Tak perlu balik2kan lagi. Tapi selepas 1 jam, Kjee keluarkan dan sapukan butter di seluruh ayam untuk bagi warnanya keemas2an.

Maaf tadi Kjee cari tali nak ikat kaki ayam itu tapi tak jumpa. Justru the ayam ada sedikit terkangkang. Opps.



Kjee sebenarnya plan nak siat2 ayam yang sudah dipanggang itu dan sumbatkan dalam roti pita. Roti dah Nadia belikan di Hero Market a couple of days ago.

Tapi orang sakit kekadang mereng. Bila dah time nak makan, Kjee nak buat pulak brown sauce. Terus Kjee  keluarkan bawang besar yang Kjee sumbat dalam ayam tu dan cincang. Kemudian Kjee ketuk 2 biji bawang putih dan tumis dalam minyak lebihan panggang ayam tadi.

Opps I know lebihan minyak very the tak sihat but the ayam dah tak banyak lemak sebelum panggang tadi sebab Kjee dah bersihkan. Yang ada adalah Olive Oil dan kerak2 kulit ayam yang dipanggang.

So Kjee buatlah brown sauce. Resipi sini.








Oleh kerana tak ada plan nak makan ayam panggang dengan brown sauce, so hari ni tak ada karbo. Kalau buat mash potatoes sedap kan? Tapi badan dah longlai sangat2. Dah buat mix vege dengan mayonaise pun kira nasib baik.

Both of us habiskan tak sampai separuh dari ayam tu. Since malam ni dah ada plan nak dinner kat luar, baki ayam disimpan beku dalam fridge. Nanti boleh buat cold chicken sandwich, chicken pot pie ataupun sumbat dalam roti pita. Suka hati kitalah nak buat camner kan?

Oh ya nak story sikit. Ayam tadi moist sangat. Luarnya garing. Rahsianya ialah jangan dipanggang lama2. Setakat 1 jam 15 atau 20 minit cukup. Lagi kecik ayam, lagi kurang masanya memanggangnya.




13 comments:

Hidayah said...

dayah tak pnh cuba panggang ayam seeekor lagi.. tak berani,hehe.. biasa kalau teringin nak makan masakan sendiri , dayah akan tetap suruh org kedai potong siap siap ayam tu.. paling tidak potong empat..bukan apa..dyh baru nak belajar belajar masak..takut ayam tu tak masak..kes haru nanti.. :D

Kjee said...

Tak payah takut Dayah. Kena jaga masa memanggang. 1 jam lebih sikit. Kalau lama2 sangat nanti daging ayam jadi kecut dan kering. Tak sedap.

azievee said...

Sedapnyer ...x pernah bakar ayam lg..nak kena beli kuali ajaib nie

Maha Gadde said...

super hot n spicy chicken..yummy.1st time here..nice blog..
Maha

Anonymous said...

As salam Kjee, ayam pangang mek som dekat Pantai Dalam dah pindah, kjee tahu tak ke mana?

Fatimah

Anonymous said...

kata x nak makan ayam dah .... he..he

Anonymous said...

kak jee nak tanye, ayam sekor tu mcmana nak bersihkan? I mean isi perut tu, di keluarkan or just remain inside? Just curious - Nash

Hayati Harun said...

saya selalu bakar ayam...guna bawang,lada mesin,kunyit sket,madu sket,lada keropok sket...perap dulu,cubalah...mmg sedap...baunya..pperrghh...sampai jiran dtg rumah tanya saya masak apa...bau sedap sungguh..
resepi mak saya..

Anonymous said...

I enjoy your blog. Keep on writing.
Katy

norinaomar said...

pakai fresh herbs atau yag yang kering dalam botol tu kakjee?

Kjee said...

Kena keluarkan semua dalam ayam tu nash. Cuci bawah paip di sinki. Kalau nk guna paip getah pun boleh.
Norina, kjee guna herba kering.

Kesuma Angsana said...

simple2 pun sedap ni kjee

Amanda Suria said...

seksi la ayam ni kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...