Thursday, February 17, 2011

76. mashed potato dengan brown sauce

resipi lagik. hantam sajalah labu. tengah boring ni. resipi ni guna kentang bukannya serbuk kentang. dulu ingatkan susah nak buat. bila dah buat sekali, senang rupanya. korang pun try jer lah yer. sedap kalau makan dengan fresh mushroom soup. resipi fresh mushroom entry lain kot.

seperti biasa, kjee copy paste jer resipi ni dari himpunan resipi dalam facebook kjee. resipi kita tau bukan kita cilok orang lain punya resipi dalam facebook dia orang tau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Entah kenapa hari ni rajin sangat nak buat kentang putar ni. hasilnya taklah sehalus yang beli kat kedai ayam goreng tu sebab dia orang pakai kentang serbuk. apapun, sedap jugaklah. kjee ari tu gi Jaya Jusco...ternampak alat lecek yang berlubang2 tu. dulu kjee pernah beli kat kedai dua hinggit...hmmm orang kata kalau beli barang murah, memang tak tahan lama. unclepali guna masa buat burger. sekejap je dah penyek. jadi, alah membeli menang memakai. tapi kalau tak de alat tu, lecek je dengan belakang gelas atau botol.

BAHAN2NYA:

4 biji kentang
½ cawan susu segar
1 sudu besar butter yg dilembutkan
garam
serbuk lada hitam/lada sulah

CARA:
Rebus kentang dengan jeketnya (kulitnya). tapi gosok dan cuci bersih2 dulu. bila dah lembut, buang kulit dan terus lecek masa tengah panas. kemudian masukkan butter dan putar dalam satu arah. kemudian msukkan susu segar sikit demi sedikit. kalau nak cair sikit, tambah ler susu lagi. bubuh garam dan lada hitam. rasa. ada orang curahkan brown sos. tadi kjee curahkan jer fresh mushroom soup.

Ini resipi brown sauce yg diberikan fren FB, Nurwafiem Nur.
Brown Sauce
bahan2nya
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
1 or 2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

CARANYA:
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang merah dan putih. Bila naik bau, masukkan tepung jagung. Tumis sampai warna coklat atau sampai warna gravy yang kita mahu. Masukkan air. Kacau sampai rata . Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Kalau kuah terlalu pekat tambah air.

10 comments:

Bizz said...

singgah jap nmpak mashed potato kat news feed FB. Senang rupenyeee..

sharifah rosidah said...

jee mashed potato ok boleh lah aku buat takde lah pandai sangat tapi brown sauce aku tak pernah nak menjadi sedap,aku nak try brown sauce yang kau bagi ni.

Asma said...

pakai kentang lagi sedap kjee dr yg instant tu..saya kalau malas oter je sos lada itam yg dalam botol tu..ngeh3

Kjee said...

shidah: brown soss tu member fb yanag bagi. trylah.

CT NoArIzAh ArIs said...

Sekali pandang mcm a.krim lak kjee..hehe!!
Nnti sy nk cuba resepi akk ni.

cikgu su said...

Assalamualaikum kak gee
Sekian lama menjadi silent reader...
Baru ari ni ada kekuatan menyApa....segan la kak gee. Kita orang kampung.
Papepun kita tau kak gee baik!!!
Salam kenal ya kak !

http://suelovelyhand.blogspot.com/

Kjee said...

walaikum salam cikgu. orang kampung ke orang bandar ker, kita orang malaysia hehehe

Anonymous said...

salam k.jee, ada lagi org nak balas entry kjee tetengah memlm buta ni, he,he,he! sape lagi kalu bukan kentang lover ni! ari tu saya dah nampak respi ni kat fb kjee tapi sebok mencuba harsh brown potatoes. mlm ni saya tergoda nengok gambar tu, maka turn padang le tadi dengan 3 biji kentang. senang je rupa2nya yea.... anak saya yg 14 tahun suka suka banggaat!! best, memang best katanya. itupun bahan2 x cukup, butter x dok, saya hentam je pakai planta! tq kjee:)...zumaira

Anonymous said...

salam kak gee, nak tanye sikit nie. mashed potato nie tahan lame x klu simpan dalam peti sejuk? yela, klu buat banyak leh simpan dalam peti sejuk amek sikit2 klau rase nak makan.

regard,
Irma

Kjee said...

irma = kjee tak pasti pulak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...