Sunday, December 16, 2012

CIK LAH BUKAN ADIK KASMADIANA

Cik Lah
Datin Kasmadiana






Hari itu masa Kjee tulis mengenai Che Lah Masterchef nak cuba bidang lakonan, Kjee turut bertanya samada sesiapa dapat beri jawapan samada Che Lah tu adik atau kakak kepada pelakon popular Kasmadiana. Lihat sini.

Kasmadiana kini bergelar Datin, pernah popular menerusi drama Opah di RTM dan banyak drama2 yang disiarkan di stesyen2 TV lain.

Kjee macam agak yang Che Lah dan Datin Kasmadiana ada kena mengena kerana wajah mereka seiiras. Suara pun hampir2 sama.

Kjee terkejut apabila dua hari lepas Datin Kasmadiana call Kjee. Kami memang rapat sebab Datin ni pelanggan tetap masa Kjee meniaga dulu. Makanan favoritenya ialah 'Mi Goreng Bodoh' air tangan Nadia.

Sebik sahaja mendengar suaranya apabila dia call hari tu, Datin terus kata teramat rindu 'Mi Goreng Bodoh'! Kjee ketawa terbahak2. Dah lama Kjee tak meniaga dan beliau masih ingat makanan kegemarannya itu.

Kjee pun ambil peluang tanya Datin Kasmadiana samada dia adik beradik dengan Che Lah.

"Eh taklah Kjee. Saya tak baca cerita tu dalam blog Kjee tapi kawan2 yang baca beritahu saya. Sebab itu saya telefon Kjee. Rindu sangat.




"Saya memang ada adik yang bukak salon di Johor Baru tapi bukan Che Lah. Pelanduk dua serupa kot," katanya apabila Kjee kata wajahnya saling tak tumpah Che Lah.

Sejak berkahwin dengan jutawan Dato Abol, Datin Kasmadiana kini banyak menghabiskan masa di sisi suaminya yang sering keluar negara kerana urusan perniagaan. Selain itu, beliau juga banyak membantu menguruskan resort milik suaminya di Janda Baik.

Pada 29 Disember ini, Kjee akan bertemu Datin Kasmadiana. Kjee dapat jemputan beliau untuk hadir di pembukaan rasmi salon dan spa milik adiknya di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Nanti Kjee amik gambar terbaru beliau yer.



10 comments:

  1. muka cik lah mmg serupa tol ngn kasmadiana..
    masa mula2 tgk masterchf 2 pon sy pk dia adik beradik ngn kasmadiana.

    ReplyDelete
  2. Mi Goreng Bodoh?nak resepi kak..teringin pula nak rasa...

    ReplyDelete
  3. ye lah, baru perasan che lah macam familiar je muka dia

    ReplyDelete
  4. dayang citra...mi goreng bodoh tu mi goreng biase2 jer. Hehehe

    ReplyDelete
  5. okey..persoalan dah terjawab ;)
    tq kak jee

    ReplyDelete
  6. macam serupa kan.... ooo gitu ke... bukan sedare yekkk.. ok...

    ReplyDelete
  7. Salam, Kak Jee.
    Dulu.. masa mula2 tengok Che Lah di MCM2, sy keliru sebab mukanya sama sebijik dengan seorang pengusaha salon di Johor Bahru. Pulak tu tertera di kaca tv, pekerjaan Che Lah sebagai penasihat kecantikan. Tapi setahu saya pengusaha salon tu dah bertudung. Tup2, Kak Jee tulis kat atas, Datin Kasmadiana kata, adik beliau buka salon di Johor. Agaknya itulah orangnya yg muka macam che Lah tu, tapi memang seiras betul muka Che Lah, Datin Kasma & pengusaha salon tu.. (salonnya kat Plaza Angsana, JB). Saya memang suka tengok datin berlakon, watak dibawanya selalu watak baik2, suka sangatlah, manis orangnya.

    ReplyDelete
  8. Mai pengusaha saloon mai beauty tu mmg adik kasmadiana...

    ReplyDelete