Monday, December 10, 2012

CIK LAH NAK BERSAING DENGAN CIK TA?

Cik Lah - ehsan mStar


Kjee dah agak dah. Lepas ni dia mesti jadi rebutan produser filem/drama sebab dirinya tidak perlu lagi dipromo atau diperkenalkan. Dah sedia terkenal walaupun 'kerana gedik' dan ada yang kata hingga ke tahap mengada2.

Siapa ni?  Siapa lagi kalau peserta MasterChef Malaysia, Che Lah yang buat ramai terkejut apabila dia menggunakan tagline 'Siapa Kata Orang Cantik Tak Pandai Masak?'

Apabila Cik Lah mula2 muncul dalam MasterChef Malaysia hari tu, bukan main lagi sibuk fren2 di FB memperkatakan mengenai Cik Lah. Rata2 angkat kening apabila dia guna tagline itu. Cantik ke? tanya mereka. Hehehe.

Kjee pun loya jugak tengok Cik Lah ni masa itu. Tetapi apabila dua tiga minggu berlalu, Kjee mula perasan yang Cik Lah ni sebenarnya cukup telus. Dia taklah lurus bendul tapi ala2 dumb blonde... cakap ikut suka dia tanpa sebarang niat yang tersurat.

Setelah memerhatikannya buat beberapa minggu, Kjee mula sukalah dengan perangainya yang sempoi. Dia tak busuk hati macam sesetengah peserta MCM. Malah Kjee tak malu kata Kjee follow tengok MCM sebab Che Lah!

Pada korang yang kata dia gedik dan mengada2, korang tengok jer lah perangai rocker Ella. Lagi gedik, lagi manja tak bertempat...lentuk sana lentuk sini.

So memang ada species yang macam ni. Species yang semula jadi yang liok lentuknya buat orang loya. Tetapi insan seperti ini sebenarnya baik hati. Tak plastik macam yang selalu tangkap macho atau tangkap cerdik.

Hari ini Kjee baca kat mStar, Cik Lah dah luahkan isi hatinya untuk berlakon. Wah macam ini nampaknya Cik Ta (Rozita Che Wan) dah ada pesaing. Tapi Cik Ta tak gedik cuma penampilannya dan minatnya terhadap anak2 ikan yang buat ramai loya.

Baguslah kalau Cik Lah nak jadi pelakon. Mungkin boleh gandingkan Cik Lah dan Cik Ta. Kita tengok siapa yang meletops! But Cik Lah, please be yourself. Jangan nanti dah jadi pelakon, buat orang lebih loya. Hahaha.

Oppps nak tanya, Cik Lah ni adik beradik bekas pelakon Kasmadiana (Datin) ke? Wajah hampir seiras, suara pun sikit lebih kurang. Lama tak jumpa Kasmadiana.

13 comments:

Hidayah said...

hehe...dayah pun suka che lah...

malah dari hari pertama tgk dia kat masterchef..

tak sempat nk tak suka sbb anggap dia gedik..

:)

dari hari pertama tgk che lah ,dayah rasa dia mmg cantik ...sesuai dgn umur dia la..

pasal tag line dia tu.. errmm..

takde apa nak komen..

dah konfiden level dia tinggi smpi mcm tu..
biar aje la...

:)

Ayu azmir said...

suke tengok telatah die... ikhlas.....

ayu said...

suke die nampak cantik.... ikhlas.....

Cik Teratai said...

suka tgok cik Lah kat MCM..wat orang terhibur

elly norman said...

masa iklan yang astro tunjuk tu mula2 memang tak suka dia... tapi bila ikut MCM .. kita tengok dier nyer cara takde sembunyi2 ... selamba jer... dier tak lurus bendul... tapi straight forward ... kadang2 apa yang kuar dari mulut dier lawak je... tak macam setengah peserta MCM lain... bercakap macam diri tu bagus je...

Irfa said...

ha'ahla..muka mcm penah nampak..sila jawab sapa tau..mukanya mmg ada iras pelakon citer Opah tu

saya pun minat che lah..tp syg dah terkeluar sblum final

Nur Hazwani said...

sy pun minat tgk dia dlm MCM2 tu... antara peserta favourite.. :))

lady scooter said...

sy pun minat tengok dia walaupun awal2 rancangan tu bile dgar tagline dia tu rasa macam.... 'cantik ker?'..he3...

Anonymous said...

Kjee bagus lah kalau dapat gabung kan Cik Lah dan Cik tah. Asalkan jangan jadi Cik Lahta aka 'Melatah'sudahlah.

Musliza Mohamad said...

Awal penampilan, dia gedik lebih. Dah dipertengahan, dia dah lebih releks & telus gitu.

Musliza Mohamad said...

Awal penampilan, mmg dia ni TERLEBIH. Dah di pertengahan, dia dah reda balik. Kira ok, le.

babylola2u said...

hehe..saya mula2 tgk MCM, rasa geli dan menyampah tgk che lah yg bernasib 'malang' serba tak kena dalam beberapa episod. tapi lama2 timbul rasa suka pulak sebab mcm kak jie ckp, dia tu insan yang telus dan baik hati. manjanya memang asli bukan dibuat2. tgk saja bila dia call mak dia kat jb-masih sempat tanya'lawa tak akak mak?'..manja dan lembut dgn mak dia, walau dia cantik orangnya. saya cakap dgn suami, che lah ni mungkin masak high class tak berapa pandai tapiii..air tangan dia sangat lazat, sebab itu masa dia nak out, semua juri menangis.

Ummi Anie said...

alamak....mcaman boleh terlepas entry kak gee bab che lah ni....ummi sukeee sangat tgk che lah tu kat MCM.kiranya tgk MCM tu sbb nak tgk che lah....dgn chef Adu tu mcm ada apa2 je....hehehe.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...