Tuesday, December 25, 2012

SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL







Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili.

Mudah dimasak, sedap dan mengikut citarasa tekak Melayu iaitu pedas!!!

Mula2 Kjee makan dulu di Arima Classic . My first reaction...sedap sebab pedas!!! Pelik sebab tak sangka makanan Italian boleh pedas. Atau apakah ia sengajakan dipedaskan untuk tekak orang Melayu. Jawapannya tidak.

Kjee google cari resipi and then baru tahu orang Itali bubuh banyak cili untuk menikmati kepedasan makanan ini. Dan sejak kali pertama diperkenalkan kepada Aglio Olio ini oleh Arima Classic, maka selepas itu Kjee seringkali order spaghetti jenis ini apabila makan.

Dan sekarang dah jarang order sebab dah pandai buat sendiri. Aimran anak saudara Kjee pernah beritahu, masa dia study di London dulu, inilah makanan ruji dia dan mungkin ramai students. Senang dimasak, sedap dan murah.

Walaupun tak berapa sihat a few days ago, Kjee tetap ke dapur especially apabila teringin nak makan sesuatu. Kali ini tekak teringin pulak nak makan Aglio Olio. Nak pergi Arima Classic jauh sangat. Nasib baik ada udang dan sotong dalam fridge serta spaghetti dalam pantry.



Tak ada resipi specific. Janji ada bawang putih (Kjee hiris banyak2), ketuk cili api (ikut kepedasan sendiri), Olive oil dan spaghetti serta seafood. Mula2 rebus spaghetti bersama garam. Apabila spaghetti sudah dekat nak kenyal (al dente), tumis hirisan bawang putih dan cili api dalam minyak zaiton dalam kuali atau periuk. Banyak sikit minyak zaiton tak mengapa...ia minyak sihat. 

Apabila bawang putih dan cili api dah agak garing, masukkan apa jua seafood yang menjadi pilihan. Goreng seketika. Kemudian tapis spaghetti dan masukkan ke dalam tumisan tadi. Tuang air rebusan tadi kira2 setengah cawan ke dalam tumisan. Gaul pantas2 dan rasa garamnya.

(Kjee celur brocolli yang telah dipotong flowerettes dan gaul bersama disaat akhir. Ini optional).

Sebelum mkan, Kjee taburkan Parmesan Cheese. Ini ikut selera masing2 lah yer.









5 comments:

Tihara said...

sedapnye..terus rasa cam nak try :)

Chekgu Azrine said...

Nanti nk buat..sedap.nmpk..tq for sharing the recipe

susumanis said...

oooo so yumm k jee, taruk cili padi tu yang mahai..hehe

Kjee said...

Ztee, kjee guna Basso. Ala beli jer ikut budget. Insya allah minyak zaiton halal.

Nur Hazwani said...

Kak Jee!! you know what? Jumaat lepas tempat kerja saya buat makan2 celebrate new year and krismas.. katering dari Arima Classic tau.. sy kalau nampak Arima Classic je mesti teringat Kak Jee :)) Ada spageti carbonara, aglio olio ni pun ada! then ada gak potato salad, chicken puff, ermm... nyum nyum.. mmg sedap! nnt nak try cari restorannya pulak.. must visit!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...