Monday, January 7, 2013

GO YUNA GO. MALAYSIA DOAKAN KEJAYAAN ANDA!

ehsan google


Beberapa hari  lepas apabila Kjee terbaca berita, Aizat Amdan akan menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27, hati Kjee berkata2. Yuna agaknya masih merajuk dengan sistem penjurian  AJL dimana lagunya gagal diangkat sebagai juara (tak ingat tahun lepas atau tahun sebelumnya).

Alasan yang dia beri kerana tidak akan muncul membuat persembahan pada AJL27 ialah dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk rakaman dibawah label Verve. Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan Verve yang dijangka boleh membawa dia lebih jauh menembusi pasaran muzik dunia!

Masa itu Kjee fikir kenapalah dia tidak boleh ambil cuti sekejap. Lagu Terukir Di Bintang, pada Kjee is a winning entry. Manalah tahu rezeki dia kan?

Anyway, UnclePali yang dengar bebelan Kjee terus beri pandangannya. "You ingat Yuna ke America main2 jer? Suka2 jer? You tahu tak ini adalah her biggest break! Tak senang nak tembus industri muzik America especially kalau orang luar dan kulit bukan putih!"

UnclePali memang pengikut tegar muzik antarabangsa. He cited Amy Winehouse. Walaupun Amy kini sudah tiada tetapi dia jugak macam Yuna. Merangkak2 tanpa malu cuba tembus persada muzik sana dan akhirnya berjaya.

Dan muzik Yuna jugak seperti Amy yang kini disukai peminat muzik sana. Malah penerbit albumnya, David Foster yang telah menaikkan nama ramai penyanyi Amerika cukup teruja dengan kehadiran Yuna. Dia dilaporkan berkata, Yuna adalah bintang yang bakal bersinar di Amerika tidak lama lagi. Bakat Yuna dalam bidang penulisan lagu tidak boleh dipandang rendah!

Oppps itulah sebabnya Yuna sanggup 'mengenepikan' AJL27 yer. Bukan kerana merajuk tetapi demi mengejar cita2 untuk meletakkan muziknya di peta dunia!!

Tahniah Yuna. Ketika dia sedang bergelut dengan kerja2 rakaman di studio rakaman Verve di Los Angeles, ramai penonton AJL27 mengharapkan kemenangan lagu Terukir Di Bintang. Harapan semua menjadi kenyataan!

Aizat Amdan yang muncul sempoi membawa lagu Terukir Di Bintang, membantu Yuna meraih anugerah yang sangat2 dinantikan oleh semua penyanyi Malaysia.

Walau bagaimanapun (pada Kjee), nyanyian Aizat agak hambar malam tadi. Aizat kelihatan agak gugup membawakan Terukir Di Bintang kerana dia tahu amanah yang diletakkan di bahunya agak berat untuk dipikul. Itu bukan lagu yang serasi dengan jiwanya (bukan lagunya sendiri). Tetapi itu tidak menjadi masalah besar.

Juri tahu lagu mana yang hebat. Justru Terukir di Bintang terus terukir kehebatannya di hati kita semua.

Go Yuna Go. Malaysia mendoakan kejayaan anda di sana!

4 comments:

  1. Kak jee...bait bait lagu begitu indah susunan kata serta muzik yang senada membuai rasa .

    ReplyDelete
  2. Saya suka muzik terukir di bintang..unik..klassik dan sedap didengari.. Tahniah yuna!

    ReplyDelete
  3. salam,
    amy arak putih takde masalah nak hit market sbb dia kaum juice sokong. dia masuk sekolah asuh bakat yg kawan semua org juice serta ex pelajar 2 suma celebs..asal north london suma kawasan org kayA serta artizt. duduk. mereka kenal sepusat sepusing...dgn each other.amy masuk sekolah bakat ninsbb mmg skolah tu ada contact industri people.
    so no struggle ..just in tthe right platform...

    wasalam

    ReplyDelete