Friday, January 18, 2013

LATEST...JOHAN BAKAL MUNCUL MALAM INI?



Kjee baru saja baca berita Johan mungkin akan muncul dalam Final Maharaja Lawak Mega malam ini! Dia yang kini masih di hospital, sedang cuba mendapatkan kebenaran doktor untuk terbang ke JB untuk tujuan itu.

Tanpa Johan, Zizan hilang sengat!

Berita yang dimuatkan dalam mStar Online, antara lain memetik kenyataan pengurus Zizan seperti berikut:

Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap pasangan Zizan iaitu Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.

“Ketika Zizan menghubungi Johan semalam (Khamis), dia memang teringin untuk beraksi pada malam ini. Kami masih belum dapat sahkan sama ada Johan benar-benar akan muncul atau tidak.

“Kalau diikutkan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh kerana keadaan kesihatannya tetapi Johan mahu beraksi pada pentas akhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Prestasi komedi Zizan didakwa merosot sejak ketiadaan Johan dua minggu lalu kerana kecederaan ligamen sehingga memaksa dia menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 26 Disember lalu.

Pentas akhir MLM 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor dan bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

Related Posts:

  • RESULT UPSET BUT I LIKE!!! FOTO EHSAN MSTAR Semua ramalkan JOZAN akan muncul Juara tapi rezeki SEPAH untuk menjadi MAHARAJA LAWAK. Tahniah Tahniah Tahniah. Tiga kali sebab tiga orang dalam kumpulan itu. Perlahan2 SEPAH kayuh hingga menjadi Jua… Read More
  • KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK 2011 innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19261"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY"; … Read More
  • BERMARUAH KAH AF9 LABUHKAN TIRAI? Juara Akhir AF Foto2 ehsan google Akademi Fantasia mungkin dapat mempertahankan maruahnya setelah melabuhkan tirai dia kira2 jam 11.45 malam tadi dengan menobatkan Juara yang dinanti2kan semua. Kjee hanya menonton Aka… Read More
  • SEPAH - MAHARAJA LAWAK innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19261"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY"; … Read More
  • CUT AMIRAH GANDING PELAKON S'PORE/M'SIA Dari kiri: Mastura, Hisham, Nasir (Media Corp), Liza dan Alfia Pengarah Liza Ismail bersama team produksi dan pelakon Cut Amirah Azhar Nor Lesta sedang disolekkan oleh Lia (mekap artis) Liza Ismail bersama team … Read More

3 comments: