Tuesday, January 29, 2013

JO, NASH DAN KJEE

Nash - ehsan mStar



Hari tu kalau tak silap Kjee, ada terbaca berita Jaafar Onn cari calon isteri. Apabila tersiar di Facebook, ramai yang menyuarakan hasrat ingin jadi calon bakal isteri JO. Tak tahulah samada JO dah jumpa yang berkenan di hatinya.

Hari ini Kjee baca dalam mStar, Nash pulak teringin hendak menamatkan zaman dudanya. Maklumlah anak2 dari bekas isteri pertama dulu dah besar2. Mungkin masa anak2 membesar, Nash taklah rasa sunyi. Tetapi apabila mereka sudah mula sibuk dengan hal masing2, barulah terasa perlu ada wanita bergelar isteri di sisi.

Nash kata dia tidak mencari selama ini, sebab itulah sampai sekarang belum lagi jumpa seseorang yang menepati ciri2 yang diidamkannya.

Pada Kjee, tak payah cari. Kalau tiba masanya Allah swt nak temukan calon yang terbaik, dia akan muncul tanpa kita sedari.

Macam Kjee dululah. Siap buat solat hajat, solat Istiqorah agar Allah swt tutupkan pintu hati ini untuk semua lelaki. Rasa serik sangat nak kahwin lagi selepas dua kali gagal.

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui. Kjee sebenarnya amat memerlukan rupa2nya seorang suami yang boleh menjaga Kjee di usia2 senja. Dan Kjee ditemukan dengan seorang jejaka yang berbelas tahun lebih muda.

Ada sebab disebalik jodoh dengan lelaki muda. Kjee perlukan seorang suami yang mempunyai tenaga untuk menjaga Kjee yang seringkali sakit. Kalau kahwin orang tua, belum pasti lagi siapa jaga siapa kan?

Terima Kasih Allah.

So kalau ada wanita yang bertemu dengan lelaki yang lebih muda dan ingin menjadikannya suami, teruskanlah niat itu. Jangan peduli apa orang kata. Tak semua lelaki muda itu hanya nak pikat wanita yang lebih tua kerana wang ringgit!

My marriage is a living testimony. Dan.....produser Raja Azmi mungkin tidak terkecuali. Wallahualam.

Baca di mStar Online untuk cerita Nash.

2 comments:

farahtaufik said...

yes kak jee saye setuju,ibu saye pun berkahwin dgn lelaki 10thn muda dari dia..sewaktu kawin ibu dah 60 dan ayah tiri 50...ketentuan ALLAH memang sempurna, ibu jatuh sakit..dan mujur ayah yg masih kuat dapat menjaga dan menemani ibu..

albukhary said...

Moga Allah beri yang terbaik untuk kita....http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...