Wednesday, January 2, 2013

MULAKAN TAHUN BARU DENGAN DETOX




















Lima hari mulai hari ni, Kjee nak jalani proses detox. Nak bersihkan usus. My diet will consist 60% sayur2an, 30% protein (ikan dan lean chicken) dan 10% carbo. Isyhh boleh ke? Boleh sebab Kjee dah pernah try selama ini bersama my princess.

Sejak Khamis lepas, Kjee telah jalani sugar-free diet. No more  cakes, no more desserts (huhuhu) and no more ice creams. And of course, minuman tanpa gula. Yang sweet hanya my smiles...alamak loya dengar.

Semua ini Kjee lakukan demi kesihatan. Kalau korang tak percaya Kjee boleh hidup tanpa makanan yang Kjee suka sangat selama ini, tengoklah dinner Kjee tadi. Grill Salmon and salad with balsamic vinegar dressing.

In other words, kalau kita dah tak nak makan makanan yang selalu kita makan demi kesihatan, makanan yang diganti, tidak seharusnya membosankan,





Dah lama tak makan macam ni. Rasa bersalah pulak selama ni main telan jer segala membujur lalu, melintang patah.

Tadi Nadia kata makan macam ni hari2 dia sanggup. Memanglah sanggup tapi my wallet tak sanggup! Kalau nak ditukarkan dengan ikan tempatan macam tenggiri dan jugak ikan merah pun Kjee rasa pun okay. Tapi memandangkan sekarang musim hujan dan nelayan dah kurang ke laut, maka ikan tempatan dah jadi mahal dan sukar dapat yang segar. Tetapi kalau ganti dengan ayam bahagian dada yang putih dan berisi itu pun okay tau.

Untuk salad, sebenarnya boleh digantikan dengan ulam2an tempatan seperti pegaga, daun selom, ulam raja dan sebagainya.

Tadi Kjee beli salad yang readymade kat Jaya Grocers. Salad import seperti Wild Rocket, Frisee, Lollo Rosa, Radicchio dan Italian Flat Leaf serta Cherry Tomato.

Kjee grill salmon tu guna grill pan dengan sedikit minyak Zaiton. Ikan itu Kjee lumurkan dengan garam dan lada hitam. Tak perlu perap. Jangan banyak sangat garam. Not good for health.

Tapi kalau nak detox (cuci usus) cara mudah dan murah, bolehlah minum Tea4Life. Nak beli boleh contact Kjee di 0126780501.

Tea4Life untuk bersihkan usus cara mudah







10 comments:

Irfa said...

antara azam setiap kali tahun baru ialah..kurangkan kilo yg terlebih.hehe

ieda said...

sedapppp...

Sharz said...

awww..sedapnye kak jee..terliur saya..dah lame nak try masak ikan salmon nie..ntah bile dapat merasa masak sendiri..

Tea4Life tu mak saya minum..tapi takyah letak gula saya takleh nak telan pulak.. :)

Musliza Mohamad said...

Mus minum cuka tamar campur madu dilarutkan dlm segelas air ikut amalan nabi Muhammad s.a.w utk cuci usus.

makcikkantin said...

betul kak jee...makan camni okay ja tapi poket......selain detox cara yang kak jee cakap ni...kakjee pun amalkan ke tea4life tu?

Kjee said...

Tea4life mmg kjee minum sepanjang masa. Dh setahun.

Zurina Hj.Zainal said...

yeahhh!! hapuskan lemak2 & yg paling penting ....makan mknan yg berkhasiat...

ibuintan said...

sedap dan sihat menu kakJie ... bersama kita menjaga kesihatan, demi diri dan keluarga juga

slamat tahun baru Kakjie

RINDU MAMA...semasa ada dihargai,setelah tiada jangan ditangisi said...

Salam kak jee..senyuman kak jee memang manis!!.....semuga sihat2 selalu ya...

Amanda Suria said...

seksi betul kak jee punya salmon tuh....ajar la mcm mana nak buat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...