Friday, January 25, 2013

MY BLOG IS TWO!




Asssalamualaikum. Hari ini blog Kjee dah dua tahun wujud. Dua tahun Kjee bersiaran di alam maya.

Tujuan asal menulis di sini dulu sebab nak hilangkan rasa boring. Boring sebab jadi OKU (ketika itu) dan terperap kat rumah. Hampir 15 jam setiap hari mengadap PC layan Facebook sehingga hampir2 mereng.

So my beloved husband and daughter, kata why not try blogging. Bigger space and bigger playground.

Mula2 Kjee tak berapa berkenan sebab Kjee tak tahu apa nak tulis. Malangnya selepas mula, susah pulak nak berhenti. Justru kekadang Kjee tulis 5 hingga 6 entri sehari.

Itu dulu. Sekarang dah rasa macam tak ada challenge lagi. Empat lima hari baru satu entry. Mungkin time for me to gerak tempat lain. Hehehe.

Anyway, hari ini, 21 Januari 2013, blog Kjee yang mulanya dikenali sebagai Dunia Dari Dapur Kak Jee kini sudah menjadi www.fauziahsamad.com. 

Kenapa Kjee tukar? Ala tukar nama jer. Kjee tak mahu orang keliru dan ingat ini blog masakan.

Banyak pahit jerih Kjee lalui buat blog ini. Baru Kjee tahu ramai haters yang kerja dia siang dan malam, blog walking dan bantai setiap apa yang dia orang baca. Ada saja tak kena.

Kalau Kjee jadi mereka, Kjee akan bukak blog sendiri dan setiap hari kerja maki hamun, carut dan lemparkan kata nesta. Kalau itulah yang boleh buat mereka rasa cukup puas!

Tetapi apabila Kjee tenang semula setelah stress baca komen mereka, Kjee buat kesimpulan mereka ini tidak bersalah. Kerana mereka inilah wujud satu kawasan khas bernama neraka jahanam. Dan agaknya mereka inilah bakal menjadi penghuni sana kelak. Wallahualam.

Anyway, Kjee ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang suka dan tak suka baca blog Kjee. Yang suka baca dua tiga kali sehari dan yang tak suka, 10 hingga 20 kali hingga menyebabkan Kjee dapat kunjungan hampir 7-juta dalam tempoh 2 tahun!

Alhamdullilah syukur! Tak sangka ramai yang sudi menjenguk blog mokcik ini walaupun kekadang banyak sangat ragam dan merapunya.

Ingat senang ke nak dapat hits banyak itu? Blog ini bukan blog politik yang boleh dapat beratus ribu hits sehari. Blog Kjee kekadang mampu cecah 27,000 hits sehari. Dan paling rendah pun berbelas2 ribu sehari.

Selagi Allah swt beri Kjee kesihatan untuk menulis, Kjee akan go on. Tetapi sejak akhir2 ini Kjee menyusun 10 jari memohon maaf, sebab ramai yang komplen Kjee jarang sangat update. Ada kalanya apabila kesihatan terganggu, Kjee tidak berupaya untuk melayan blog ini.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kerana buatkan Kjee sangat2 happy di penghujung kehidupan ini. Komen anda, doa anda dan kritikan anda, has made me a better person! Insya Allah.




12 comments:

Aisy Nasiha said...

teruskan ye kak...

aziezd said...

Salam.. Kak Gee, Insya Allah selagi Kak Gee terus menulis di blog nie ada lah nanti pembaca setia Kak Gee.

Semoga Kak Gee dikurniakan kesihatan yang baik serta ceria2 selalu.. AMin.

Masya said...

assalamualaikum.... semoga kak jee sentiasa diberi kesiahatan yg baik, jgn bosan untuk menulis krn apa yg akak tulis saya baca.. sy tahu akak ikhlas menegur dan ikhlas berkongsi untuk menyampaikan sesuatu... tahniah yer kak walaupun baru 2 tahun tp blog akak ni femes emes....

Irfa said...

tahniah kak jee
baru 2 tahun tapi boleh capai traffic begitu tinggi
moga terus sukses

Dr M i M said...

Salam....Tahniah kak jee. One of my favourite 'non-poltical' blogs.

Kjee said...

TQ Dr MiM! Sungguh tak sangka komen from seorang blogger yang tersohor!

mami said...

Tahniah...moga terus sukses...

Faridah Amran said...

Teruskan usaha kak jee. Saya antara mereka akan setiap hari akan buka dan bace setiap post Kak Jee. Sebab usaha Kak Jee juga saya kembali menulis di blog saya setelah bertahun bersawang. Keep it up Kak Jee. I love U Kak Jee!

Grand Dish Cafe said...

Assalamualaikum K.Jee..thanks kerana menulis utk tatapan kami semua. Dan tahniah atas ulangtahun ke2 blog ni. Saya hampir setiap hari buka blog K.Jee. Dalam banyak2 blog yang saya save di favourite (blog masakan kebanyakannya) blog K.Jee akan menjadi yang paling utama untuk saya buka. Paling2 takde masa pun dan tak sempat tengok blog lain tapi blog K.Jee..wajib.
Keep going..semoga success dan diberikan kesihatan yang baik selamanya..amin.

Sue Md said...

Kita pernah jumpa dulu2 dekat 19thn lebih.... X sangka jumpa d alam maya....Blog kak Jee best...Happy Birthday...

Sukma Haron said...

tahniah kak jee...saya antara rakan blog yang tak pernah miss baca entry kak jee...setiap hari antara blog yang saya patut baca ialah blog kak jee,,,tapi bila kak jee off tanpa entry saya dah rasa kak jee mesti sakit....rindu ler dgn gaya entry kak jee dalam berbicara...

intandayani said...

kak jee jgn peduli la pasal haters tu sume.masih ramai yg menyokong blog kak jee.walaupun saya jrg tgglkan komen tapi saya mmg suke dgn tulisan kak jee..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...