Friday, January 11, 2013

NADIA DAH HABIS BELAJAR!!

Nadia sebelum melangkah keluar untuk ke UniRazak on the first day of exams







Alhamdullilah anak dara tunggal Kjee selamat menduduki her final exams hari ini. Tujuh paper kesemuanya dalam masa 7 hari!

Anak yang exam, mama yang tak lena tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah! Maklumlah tak pernah selama ini dia mengambil straight 7 subjects! Hehehe.

Tiap hari sebaik sahaja keluar dari exam hall, Nadia terus call Kjee. Nampak sahaja nombor fon dia tertera di fon Kjee, punyalah berdebar. Kena dengar tonasi suaranya. Kalau riang, it means good news.

Alhamdullilah hingga tamat paper yang ke-7 tadi, suara riang dia sahaja yang terngiang2 di telinga! Airmata Kjee berlinangan sebab akhirnya, Nadia tidak lagi dibelenggu dengan peperiksaan.

Apapun, ujian maha besar menantinya apabila dia melangkah keluar di dunia tanpa sempadan dan kejam. Insya Allah, seandainya dia masih berpegang kepada nilai2 murni yang telah disemai sejak lahir, dia bakal selamat. Amiin.

Sebagai ibu, kita mengharapkan segala yang baik buat anak2 kita. Tetapi kita tidak boleh melindungi mereka sampai bila2. Ada saat dan ketika, mereka terpaksa mengharungi hidup sendiri... setelah kita pergi.

Kjee telah semaikan semangat berdikari dalam diri Nadia sejak dia kecil lagi. Maklumlah, tugasan Kjee yang tak menentu sebagai wartawan dan anak seni adakalanya memisahkan kami berminggu2. Tetapi Alhamdullilah setakat ini, Nadia tidak pernah mensia2kan amanah Kjee.

Pada 4 Februari ini, Nadia akan menjalani Internship bersama Bank Rakyat selama 3 bulan. Selepas itu, Kjee serahkan nasib Nadia kepada Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Mudah2an Nadia akan mendapat keputusan cemerlang dalam usahanya menggengam segulung ijazah...Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan (Bachelor in Islamic Banking and Finance).

Dan harapan Kjee setinggi gunung agar dia tidak perlu membayar balik wang PTPTN. Untuk keperluan kearah itu, Nadia hanya perlu tidak kurang dari 0.09 markah sahaja lagi! Penentuannya, tidak sampai dua minggu lagi.

Ya Allah, mudah2an doa ibu tua ini untuk anak yatim bernama Farah-Nadia, untuk mencapai cita2nya ini, diberkati. Amiin.


Walaupun letih belajar siang dan malam untuk exam, masih boleh senyum pagi tadi

8 comments:

  1. tahniah kak jee, saya doakan semuanya ok untuk kak jee n nadia..saya congate to nadia sbb berjaya bergempur dgn exam...

    ReplyDelete
  2. anak saya pun nama nadia,semoga bijak mcm kakak nadia ni...suka tgk anak k.jee yg rajin bljr ni.saya slalu tunjuk gambar nadia ni kat anak saya smbil tu saya cerita la pasal kegigihan anak k.jee bljr.

    ReplyDelete
  3. Tahniah...moga nadia diberi kekuatan diri dan lebih cekal secekal bonda mu Fauziah Abdul Samad....Tahniah untuk kak jee juga......

    ReplyDelete
  4. Congratz :) moga sukses dlm hdup k!!!

    ReplyDelete
  5. congrats nadia n k gee :) suzi fauzi

    ReplyDelete
  6. Insya Allah Nadia akan berjaya sebab dia ada seorang Ibu yang senantiasa menyokong dan tak putus doa untuk dia.

    ReplyDelete
  7. doa ibu tu mustajab dan didengari....

    ReplyDelete