Saturday, January 12, 2013

SINGGANG TENGGIRI & SAMBAL JAWA





Ini yang Kjee masak petang tadi untuk  kami tiga beranak. Dua2 lauk ini permintaan Nadia yang dah lama tak makan masakan Kjee.

Singgang ni Kjee buat macam biasa. Campak bawang putih, bawang merah, lengkuas dan daun kunyit serta serbuk kunyit dan cili api ketuk ke dalam periuk bersama air. Didihkan sambil campak asam gelugor. Bila dah mendidih  masukkan ikan. Kjee jugak campakkan dua tiga helai daun limau purut untuk aroma yang segar.



Ini ikan tenggiri segar yang Kjee beli kat Kpg Melayu Sungai Buloh. Ada orang panggil Tenggiri papan, ada panggil Tenggiri bunga. Kjee suka tenggiri ini daripada Tenggiri Batang yang keras sikit isinya.

Makan dengan budu...alahai sedapnya.






And then Kjee buat jugak sambal tumis Jawa. Kalau sebut lauk Jawa, mesti ada tempe. Biasa Kjee buat guna jugak tauhu tapi kali ini Nadia kata nak bubuh kentang dau dan tempe jer. Nadia jugak suruh bubuh terung rimbang atau terung pipit yang tumbuh meliar belakang rumah.

Banyak jugak Kjee buat tadi. So Nadia dah bekukan. Bila nak makan, boleh panaskan.

Ratah sambal tumis Jawa ni dan Singgang Tenggiri sudah memadai bagi Kjee tanpa makan nasi.


Terung Pipit

2 comments:

Amanda Suria said...

sedapnya...masak simple macam ni sedap kan...

ME said...

dah lama tak makan sambal jawa, dulu tuan rumah orang jawa, kalau kenduri memang me suka meratah sambal jawa ni .. makan dengan roti pun sedap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...