Sunday, January 13, 2013

TERIMA KASIH DARI DBKL


Kul 10 malam tadi, kami tiga beranak keluar ronda2 KL di malam minggu. Nak intai jugak 'the aftermath' perhimpunan siang tadi.

Sampai berhampiran Dataran Merdeka yang lengang sebab semua jalan masuk ditutup, UnclePali slow down kereta. Dia ternampak sesuatu. Setelah melepas traffic lights menuju ke Jalan Tun Perak, dia berhenti kereta depan CIMB dan turun bersama kamera.

Kjee dah agak ini mesti kes dia nampak sesuatu yang boleh dijadikan bahan buat blog Kjee. Tak sampai 8 minit, dia kembali. Terus tunjuk Kjee gambar yang diambil. Kjee tersenyum nampak banner itu.

Kemudian UnclePali tunjuk satu lagi gambar. Dahi Kjee berkerut. "Apa hal abang amik gambar ni?"



"Tengok betul2. Masa I amik gambar banner tadi, ada polis ambil pulak gambar I," katanya sambil sengih. "Jangan esok muka abang keluar paper...Wanted Dead Or Alive!" usik Kjee. Hehehe.

Pastu kami gerak sampai ke Petaling Street dan seterusnya jalan ke Stadium Merdeka. Sampah yang banyak di kiri kanan jalan. Keadaan di situ gelap hingga menimbulkan keadaan seram. Tak sanggup Kjee nak suruh UnclePali park dan ambil gambar. Tetapi beberapa kereta peronda polis, parking kiri kanan jalan hingga menuju ke Stadium Negara.

Kami bertiga tidak cakap apa2. Mungkin dalam kepala masing2 terbayang suasana hiruk pikuk siang tadi. Alhamdullilah tiada untoward incidents. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan untuk media asing memburuk2kan lagi suasana. Or apakah ada?


1 comments:

paridah said...

selera manusia ni berbeza-beza walau kita kata racun itu bisa ada yang sanggup minum n kita kata sampah tu busuk meloyakan ramai yg menggantungnya di dinding malah diagungkan pula...pelikkan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...