Pages

Tuesday, September 24, 2013

CUCUR NASI IKAN BILIS PEDAS LETAK JAGUNG











Kjee tertarik nak buat Cucur Nasi ni apabila singgah di beberapa blog masakan termasuk Dapur Tanpa Sempadan milik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu.

Ini bukan kali pertama Kjee buat. Dah tiga kali. Dan rasa-rasanya tiga kali tidak dapat rupa sama macam yang dibuat Che Mat Gebu.

Pagi tadi Kjee buat guna tepung naik sendiri atau Self Raising Flour (SRF) yang asyik tersengih tengok Kjee tiap kali Kjee bukak kabinet pantry.

Kjee guna 1 cup SRF, 1 cup nasi sejuk baki semalam, 1 cup air, segenggam ikan bilis yang dicuci dan ditoskan kering, 1 labu bawang besar dan cili padi ikut kepedasan. Kemudian Kjee trrrr semua bahan tadi dalam blender. Kalau dah cukup masinnya, tak payah tambah garam. Lepas tu Kjee masukkan 1 cawan jagung manis. Kacau rata.



































Kemudian Kjee goreng. Taklah naik gebu macam hasil air tangan Mat Gebu. Lihat sini. Tapi taklah penyek macam buat dua tiga hari lepas.

Kjee ulang buat pagi ni sebab Kjee suka texture cucur yang ada macam melekit-melekit sikit sebab dikisar sekali nasi putih. Sedaplah pada tekak Kjee. Cicahlah dengan cili sos. Kalau tak nak cicah pun okay sebab dah cukup rasa dah.



Ini yang Kjee buat dua hari lepas. Penyek.

2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

begitulah proses memasak-try & error...tp pada mata saya,dah cukup cantik dah tu hasilnya..

Ann Ishak said...

tengok rupa memang menyelerakan kak, rasa pulak memang confirm sedap ni :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...