Sunday, September 8, 2013

MENU HUJUNG MINGGU... SPAG BOLOGNAISE WITH BEEF BALLS


































Hujung minggu adalah masa untuk menikmati makanan yang beza sikit daripada yang dimakan sepanjang week day. Kalau tiba hari cuti hujung minggu, kekadang pening jugak kepala memikirkan apa yang harus dimasak.

Selalunya Kjee bincang dengan Nadia. UnclePali tak boleh dibawak berbincang. Dialog biasanya : "Sukatilah." Maknanya kalau tak kena dengan tekak dia, nanti pepandailah dia masak apa yang dia nak makan. Senang citer kan! Hehehe.

Citarasa Nadia dengan Kjee sama. Kan sebelum ni Kjee dah kata, Kjee dah adjust selera dia supaya sama dengan mama dia. So, apa Kjee nak makan, dia okey jer. Nanti bila dia dah kahwin, pepandailah dia nak adjust tekak suami dia kan? Ehem ehem. Hehehe.

Demi nak membalas balik pemberian Nasi Beriani sedap sangat oleh mama Sham, Isnin lalu, Nadia cadang Kjee buat Nasi Tomato Special Kjee. Tapi semalam tetiba Nadia kata teringin nak makan Spaghetti Bolognaise dengan Beef Balls.

Orang mengantuk disorong bantal. Cantik sangat sebab Kjee pun dah lama tak buat. Semalam pergi Hero Market, UnclePali beritahu Kjee, beef balls jenama biasa yang Kjee nak, tak ada. So lepas tu kami ke Giant pulak. Jugak tak ada. UnclePali text Kjee (sebab Kjee tunggu dalam kereta) kata ada brand Azmy yang promoter tu kata 100% beef. UnclePali rembat 2 peket. Azmy? Buatan orang kita? Hmmm Wallahualam.














Resipi cam biasa kat SINI. Kalau Kjee salin balik kat sini, nanti tak leh citer banyak2 kan.

Kalau makan kat restoran, Spag With Beefballs Sauce tiada daging cincang atau minced beef dalam sosnya. Kalau Kjee buat, mesti Kjee bubuh supaya meriah! Puas hati makan. Ada kengkawan FB kata, minced beef jenama Azmy pun okay. Hah kena try lain kali. Kat dalam freezer hanya ada stok Minced Beef jenama Ramly.

Tapi kalau guna minced beef, baik jenama apapun, Kjee tetap akan rebus dulu kira-kira 20 minit. Kemudian Kjee toskan airnya hingga kering. Kenapa? Sebab minced beef cukup berlemak. Kalau kita rebus dan buang airnya, Insya Allah lemaknya boleh dikeluarkan. So daging kita jadilah lebih sihat, kan?

Kalau makan pasta, tak ada ditaburkan Permesan Cheese, tak lengkap rasanya tau. Dalam fridge Kjee sentiasa ada stok Parmesan Cheese. Kjee suka tabur banyak2. Suka rasanya yang masin2 tu. Hah Kjee tau apa korang fikir... tak sihat. So what! Ade aku kesah.

Anyway, tadi Kjee dah makan Spag Bolognaise Beefballs yang Kjee buat guna beef balls jenama Azmy. Kjee bagi 5 bintang. Lembut sangat. I Like!!!










7 comments:

  1. rajinnya kak jee bikin spaghetti ni....
    nampak menarik plk tu...mesti sedap...

    ReplyDelete
  2. nyum2 sedapnyer terlio saya...terus lapo..

    ReplyDelete
  3. saya mmg suka jenama azmy compare dgn ramly.
    yg ramply punya byk sgt lemak, lps grg sekejap je dah beku balik....

    ReplyDelete
  4. Aduyai..sedapnya
    feveret saya..tp tak disokong oleh encik suami..
    makanya menu nie setahun sekali je le dimasak...
    dan saya sorg je yg makan..

    ReplyDelete
  5. aduh aduh duh! Duh!! Sedapnya.. tengok persembahan Kak Jee, mantap sungguh!! 5 star!!!

    ReplyDelete