Friday, November 16, 2012

SPAG BOLOGNAISE AND BEEF BALLS VERSI KJEE





























Walupun lebih mudah makan je kat restoran daripada buat sendiri, Kjee masih memilih untuk do it yourself Spaghetti Bolognaise ini. Selalu kalau makan kat restoran, sos daging dia tak generous sangat. Kjee suka sos yang melimpah ruah minced meat. Baru puas makan.

Hari ini Kjee buat spag bolognaise bersama beefballs. Amik kau. Puas makan kan!

Dan Kjee buat cara ringkas dan mudah ikut tekak Kjee yang cerewet ni. Kjee guna canned tomato soup dan satu tin kecik tomato puree serta kira-kira 2 sudu besar tomato ketchup atau sos tomato dalam botol.

Sebagai bahan tumisan, Kjee guna dua labu bawang besar dan dua biji bawang putih yang didadu. Tumis guna sedikit minyak Zaiton. Minyak lain seperti joyah atau jenab pun boleh.












Apabila bawang dah nampak kekuning2an, masukkan daging. Kjee guna jenama Ramlee yang kini dipack dalam kepingan dua keping satu peket. Kalau tak silap, satu keping tu 200gms. Kjee guna dua keping jer. Ceraikan betul2 dan lerai2kan sebelum masuk dalam tumisan bawang tu.

Kemudian masukkan satu tin Tomato Soup. Kjee guna jenama Kimballs. Pastu sukat air sebanyak dua tin soup tadi dan masukkan sekali. Masukkan satu tin kecik tomato puree dan dua sudu besar sos tomato dalam botol. Kacau sampai rata. Campakkan dua atau tiga helai bayleaf kering (kalau ada).









Reneh atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan beef balls. Kjee guna brand Marinara. Ada 20 biji beefballs. Kjee masukkan juga satu kiub daging Knorrs/Maggie dan sedikit lada hitam kisar.

Bleh juga bubuh cendawan butang dalam tin yang telah dihiris. Di dalam fridge hanya ada Shitake Mushrooms tapi oleh sebab Nadia tak suka cendawan tu, Kjee tak letak.

Reneh lagi kira-kira 25 minit atau sampai menepati kepekatan yang kita kehendaki. Padam api.

Untuk rebus spaghetti, didih air dalam satu periuk besar. Bubuh kira-kira 1 sudu kecil garam. Pastu apabila api sudah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga al dente atau kenyal. Toskan dan bubuh sedikit minyak agar tidak melekat.

Ketika hendak makan, taburkan parmesan cheese. Tadi masa amik gambar lupa nak tabur. Sedap jugak kalau makan ditabur juga dengan sedikit cili flakes.




2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam..Betullll tu KakG..DIY memang puas hati....Makan pun puasssss...Errrrr Meatball tu nampak sungguh menyelerakan...

Anonymous said...

camner nak masak nasi arab yang bila masak nasinya jadi sebutir sebutir

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...