Pages

Tuesday, September 24, 2013

NASI AYAM KUKUS NADIA










Mudahnya apabila sudah ada anak dara yang boleh diharapkan di dapur. Sebut saja nak makan apa, semua dah tersedia.

Nadia selalu kata kenapa di usia ini, Kjee masih anggap dia anak-anak dan tidak boleh diharapkan untuk ke dapur. Hmmm entahlah kan? Susah nak jawab soalan tu. Selagi dia belum bergelar isteri, selagi itu agaknya Kjee masih anggap dia my baby.

Kelmarin dia buat Egg Tarts. Walaupun tak berapa perfect tetapi dia janji dengan Kjee akan buat Egg Tarts yang perfect tak lama lagi. She's just like me masa muda-muda dulu. Tak akan mengaku kalah sebelum berjuang. Ewah.










Anyway, hari ni Nadia buat Steamed Chicken Rice. Bukan Ayam yang dikukus tetapi nasi. Alasan Nadia, dia lebih suka makan nasi yang dikukus daripada yang ditanak sepenuhnya.

So tadi, dia buat Nasi Ayam ikut resipi arwah Nenek dia. Tapi dia tanak separuh jalan atas stove setelah tumis bawang putih dan halia guna marjerin. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan kering.  Pastikan marjerin dan bahan-bahan tumis tu sebati dengan nasi. Kacau perlahan-lahan tau. Airnya dia gunakan air rebusan ayam. Sukatan air ikut beras yang korang gunakan. Tadi Nadia guna Beras Jasmine Superwhite AAA. So sukatan air dia, 2:3¾.


Periuk berisi nasi dimasukkan sekali dalam kukusan



Nasi dah hampir kering dikukus, dia terus letakkan periuk ke dalam kukusan selama 20 - 25 minit atau sampai nasi masak sempurna. Kemudian lerai-leraikan perlahan-lahan.

Untuk ayamnya, Nadia rebus sekor ayam selama kira-kira 15 minit. Kemudian dia keluarkan dan perapkan guna kicap manis, kicap cair dan jugak madu. Perap selama sejam dalam peti ais, kemudian goreng. Tak payah goreng lama-lama sebab ayam dah direbus terlebih dulu. Air rebusan guna masak nasi.

Baki air rebusan, yang ada tulang-tulang sikit, Nadia letakkan akar daun ketumbar dan kobis. Di rebus perlahan sampai kobis betul-betul lembut. Pastu bubuh sikit garam. Sup yang sedap untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Nak ikut full recipe my late mother, klik SINI.






4 comments:

Anonymous said...

Salam. Bertuah betul kakjee ada anak dara yg suka@pandai masak. Bukan senang nak cari anak dara org yg suka masak zaman ni,semua nak senang,makan kedai.siapalah jejaka@teruna yg dapat jadi menantu kakjee dan makcik @datin manalah yg bertuah jadi besan kakjee.kita tungguuuu...😁

Irfa said...

untung kak jee dpt anak dara rajin cam nadia
dan untung juga sapa dpt nadia sbg menantu nanti ;)

roza said...

untung ade anak dara...rajin plak tu...huhu

Sukma Haron said...

memang sedap ....boleh minta resepi yea kak Jee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...