Pages

Monday, October 28, 2013

BERGEDIL YANG MUDAH DAN SEDAP







Hari ni tak ada mood nak masak. Kjee dah beritahu Nadia nak makan instant soto jenama Sajimee. Tapi kena ada bergedil dan kicap cili padi. Makan instant mee pun, mesti nak cukup sifat!

Nadia pun rebus 1 biji kentang besar dan 2 kentang kecik. Bila dah elok empuk, terus dia mash guna potato masher, campurkan dengan 1 biji bawang yang diracik dan 1 sebutir telor yang telah diletak 1 chicken kuib.

Nak defrost ayam, dah terlambat so guna chicken cube sajalah. Tapi masa masukkan telor, adunan jadi lembik. Nadia suruh bubuh tepung gandum. No no no. Nanti bergedil jadi keras. So Kjee suruh dia kisar kering 1 keping roti dan masukkan. Jadi breadcrumbs. Cantik!!

Kepal-kepal dan goreng. Elok tak pecah berderai macam selalu. Happy sangat.







Tapi sebaik sahaja siap menggoreng, dapat sms dari seorang sahabat yang datang bawakkan Arabic Gum yang Kjee pesan. Sahabat lama yang kini bertugas di TV Al Jazeerah, Doha. Dia ajak makan. His treat, katanya.

So, Kjee dan Nadia ratah sebiji bergedil sorang dan lain simpan.

Rasanya? Nadia suka. Dia kata ada rasa macam Hash Brown yang dikepal. Ada juga rasa macam Fish Cutlet yang Kjee buat dulu. Ya ker? Whatever lah. Hehehe.

Boleh digandingkan dengan soto, dijadikan lauk atau makan begitu sahaja.






2 comments:

radiah hamdi said...

Saya suka kentang tu digoreng dilenysk guna lesung batu masa panas campur bawang besar cili daun sup kib ayam serunding ka isi ikan ka golek kat telor n goreng walla msrvellous.m.

Anonymous said...

kentang digoreng baru adunan x benyek dan bila goreng x berderai...ni pon mak mertua yg bg tau...hehe..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...