Monday, October 28, 2013

BERGEDIL YANG MUDAH DAN SEDAP







Hari ni tak ada mood nak masak. Kjee dah beritahu Nadia nak makan instant soto jenama Sajimee. Tapi kena ada bergedil dan kicap cili padi. Makan instant mee pun, mesti nak cukup sifat!

Nadia pun rebus 1 biji kentang besar dan 2 kentang kecik. Bila dah elok empuk, terus dia mash guna potato masher, campurkan dengan 1 biji bawang yang diracik dan 1 sebutir telor yang telah diletak 1 chicken kuib.

Nak defrost ayam, dah terlambat so guna chicken cube sajalah. Tapi masa masukkan telor, adunan jadi lembik. Nadia suruh bubuh tepung gandum. No no no. Nanti bergedil jadi keras. So Kjee suruh dia kisar kering 1 keping roti dan masukkan. Jadi breadcrumbs. Cantik!!

Kepal-kepal dan goreng. Elok tak pecah berderai macam selalu. Happy sangat.







Tapi sebaik sahaja siap menggoreng, dapat sms dari seorang sahabat yang datang bawakkan Arabic Gum yang Kjee pesan. Sahabat lama yang kini bertugas di TV Al Jazeerah, Doha. Dia ajak makan. His treat, katanya.

So, Kjee dan Nadia ratah sebiji bergedil sorang dan lain simpan.

Rasanya? Nadia suka. Dia kata ada rasa macam Hash Brown yang dikepal. Ada juga rasa macam Fish Cutlet yang Kjee buat dulu. Ya ker? Whatever lah. Hehehe.

Boleh digandingkan dengan soto, dijadikan lauk atau makan begitu sahaja.






Related Posts:

  • RENDANG AYAM DAN PULUT KUNING Dua hari lepas, genap setahun Nadia kerja dengan RHB di KWC. Kjee dah niat, nanti sampai setahun, Kjee akan buat pulut kuning dan rendang ayam Kelantan, jamu office mates dia. Sepatutnya, semalam Kjee tunaikan haja… Read More
  • SAMBAL JENGKOL TUA + TEMPE + IKAN BILIS Kalau yang muda, tak best. Tak lemak. Tapi kalau dapat yang tua, alahai, maleh nak citerlah. Lagi tua lagi best. Apa hal ni? Ada kena mengena dengan usia ker? Sebab tu ramai anak muda pilih yang dah tua? Oppppsss janga… Read More
  • KITA BAKO IKAN TERUBUK. HEHEHE Hari ni Kjee memang tak ada plan nak masak apa-apa for lunch. Was thinking of going for hitea dengan Nadia ngan UnclePali. Nadia balik kerja around 3pm. Pagi tadi Kjee makan dua keping capati! Masih kenyang. Hari … Read More
  • MY BILIS GARING PEDAS Malam tu, Kjee sekeluarga teruja sangat apabila makan Sambal Ikan Bilis ini di Zaiton Tomyam, Taman Ahmad Razali, Ampang. Sepiring RM5. Sekejap jer kami ratah sampai habis. Hehehe. UnclePali pandang Kjee sambail ra… Read More
  • MASAK LEMAK IKAN KELI PANGGANG Kalau tekak tu dah dibiasakan makan lauk pauk kampung, letak jerlah makanan bandor sedap mana pun kan...mesti jugak nak cari makanan ala kampung. Kjee dibesarkan di tengah-tengah bandar, namun Kjee masih… Read More

2 comments:

  1. Saya suka kentang tu digoreng dilenysk guna lesung batu masa panas campur bawang besar cili daun sup kib ayam serunding ka isi ikan ka golek kat telor n goreng walla msrvellous.m.

    ReplyDelete
  2. kentang digoreng baru adunan x benyek dan bila goreng x berderai...ni pon mak mertua yg bg tau...hehe..

    ReplyDelete