Pages

Thursday, October 3, 2013

JOZAN DAH BERPECAH? OHH TIDAK!!!!!










Dalam Super Spontan dah tak nampak muka dia lagi, malah dalam Lawak Ke Der musim terbaru nanti, khabarnya, mereka berdua tidak akan beraksi. Apakah ini bererti.... ohhh tidak!!

Sejak sekian lama, sejak zaman AR Badul dan R Jaafar, tidak ada lagi gandingan dua pelawak yang begitu sinonim. Chemistry antara mereka cukup kuat dan menjadi.  Malah, kalau tiada Johan sukar rasanya kurang Zizan hendak berdiri solo dalam satu-satu act atau persembahan. Begitu jugak sebaliknya.

Ini dapat disaksikan ketika pertandingan Maharaja Lawak Mega tidak lama dahulu. Ketika itu, Johan kecederaan di kakinya dan terpaksa masuk hospital. Lawak Zizan begitu hambar. Apabila Johan muncul kembali secara mengejut, barulah semangat Zizan naik kembali.

Tadi Kjee baca dalam mStar mengenai kemungkinan ada pergeseran antara dua pelawak nombor satu negara ini. Pelawak berbakat besar yang dilahirkan oleh Astro dalam rancangan Raja Lawak. Jika benar berita ini, maka ia akan menjadi kehilangan besar kepada semua.

Kjee bincangkan hal ini dengan UnclePali. Katanya, perpecahan dalam kumpulan terutama yang berada di kemuncak adalah lumrah. Misalnya kumpulan Beatles yang dikemuncaknya berpecah seketika kemudian bersatu kembali.

Di negara kita pun apa kurangnya. Selalu terjadi kepada grup muzik. Dan selalunya vokalis yang berpecah menjadi solo apabila merasakan dirinya lebih penting setelah menjadi terkenal.

Harap-harap ini tidak berlaku kepada Jozan. Sekiranya ada pergeseran, harus ada pihak yang mengambil inisiatif menjernihkan yang keruh.

Zizan kini sibuk dengan tugasan sebagai hos Melodi serta Akademi Fantasia sementara Johan sebagai Deejay Era dan juga peserta Super Spontan. Mudah-mudahan penjelasan Zizan dalam mStar ada kebenarannya.

We Still Need You Guys As One!!

5 comments:

Lulu Rahman said...

boringnyeeee kalau diorang bepecah. no wonder la dah lame tak saing

careno said...

Zizan tak masuk super spontan sbb die kan dah champion aritu... rasanya lahhh... tp harap2 diorang tak berpecah laa... rugi sgt...

norhidana miswan said...

aah la k gee... jgn la diaorng berpecah... jadi tak syok... nnti kalu ada raja lawak lg tak best lah kalu tukar pengacara lain... lwk spontan diaorg tu yg best... syok je sambung2 lawak...

Anonymous said...

Johan lebih berbakat dari zizan. Johan will survive.

Anonymous said...

xde hal klu pecah,,johan ttp best. zizan arapkan johan jek

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...