Thursday, October 3, 2013

JOZAN DAH BERPECAH? OHH TIDAK!!!!!










Dalam Super Spontan dah tak nampak muka dia lagi, malah dalam Lawak Ke Der musim terbaru nanti, khabarnya, mereka berdua tidak akan beraksi. Apakah ini bererti.... ohhh tidak!!

Sejak sekian lama, sejak zaman AR Badul dan R Jaafar, tidak ada lagi gandingan dua pelawak yang begitu sinonim. Chemistry antara mereka cukup kuat dan menjadi.  Malah, kalau tiada Johan sukar rasanya kurang Zizan hendak berdiri solo dalam satu-satu act atau persembahan. Begitu jugak sebaliknya.

Ini dapat disaksikan ketika pertandingan Maharaja Lawak Mega tidak lama dahulu. Ketika itu, Johan kecederaan di kakinya dan terpaksa masuk hospital. Lawak Zizan begitu hambar. Apabila Johan muncul kembali secara mengejut, barulah semangat Zizan naik kembali.

Tadi Kjee baca dalam mStar mengenai kemungkinan ada pergeseran antara dua pelawak nombor satu negara ini. Pelawak berbakat besar yang dilahirkan oleh Astro dalam rancangan Raja Lawak. Jika benar berita ini, maka ia akan menjadi kehilangan besar kepada semua.

Kjee bincangkan hal ini dengan UnclePali. Katanya, perpecahan dalam kumpulan terutama yang berada di kemuncak adalah lumrah. Misalnya kumpulan Beatles yang dikemuncaknya berpecah seketika kemudian bersatu kembali.

Di negara kita pun apa kurangnya. Selalu terjadi kepada grup muzik. Dan selalunya vokalis yang berpecah menjadi solo apabila merasakan dirinya lebih penting setelah menjadi terkenal.

Harap-harap ini tidak berlaku kepada Jozan. Sekiranya ada pergeseran, harus ada pihak yang mengambil inisiatif menjernihkan yang keruh.

Zizan kini sibuk dengan tugasan sebagai hos Melodi serta Akademi Fantasia sementara Johan sebagai Deejay Era dan juga peserta Super Spontan. Mudah-mudahan penjelasan Zizan dalam mStar ada kebenarannya.

We Still Need You Guys As One!!

Related Posts:

  • PELAKON LAWAK BUKAN ARTIS GRED COROT Jozan antara 'baby' kelahiran Astro yang hebat!! Hari tu Lisa Surihani terkejut apabila dia dapat award Pelakon Lawak Wanita Terbaik. Macam dia kurang selesa orang panggil dia pelakon lawak. Walaupun pada Kjee di… Read More
  • SUARA R ISMAIL BANYAK DIPINJAM NORDIN AHMAD Kjee pasti ramai tak kena siapa abang ni. Kjee pun tak kenal sebab dia memang low profile. Nama dia R Ismail. Suaranya cukup lemak merdu. Kalau korang peminat filem Melayu lakonan Allahyarham Nordin Ahmad, ha… Read More
  • NABILA HUDA DAN ANAK KEMALANGAN PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy menjelaskan cucunya iaitu Keisha Laila yang juga anak kepada Nabila Huda hanya mengalami retak pada bahagian tangan kirinya dan bukan patah seperti laporan … Read More
  • AL FATEHAH MAIMUN MUTALIB Kali terakhir Kjee dan Dramatis Arifah Damanhuri temui allahyarham (tengah) pada majlis berbuka puasa 3 Ogos lalu PETALING JAYA: Dramatis Maimon Mutalib, 54, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) tel… Read More
  • BLACK DAH KENA IKAT. Selamat Pengantin Baru Black atau Hanafiah serta isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi. Moga kekal bersama ke nafas akhir.   … Read More

5 comments:

  1. boringnyeeee kalau diorang bepecah. no wonder la dah lame tak saing

    ReplyDelete
  2. Zizan tak masuk super spontan sbb die kan dah champion aritu... rasanya lahhh... tp harap2 diorang tak berpecah laa... rugi sgt...

    ReplyDelete
  3. aah la k gee... jgn la diaorng berpecah... jadi tak syok... nnti kalu ada raja lawak lg tak best lah kalu tukar pengacara lain... lwk spontan diaorg tu yg best... syok je sambung2 lawak...

    ReplyDelete
  4. Johan lebih berbakat dari zizan. Johan will survive.

    ReplyDelete
  5. xde hal klu pecah,,johan ttp best. zizan arapkan johan jek

    ReplyDelete