Pages

Thursday, October 24, 2013

LAKSA PENANG SAJA APABILA MALAS MASAK










Kalau Kjee tak selera makan dan malas nak fikir apa nak masak, Kjee selalu masak makanan yang bukan nasi. Laksa ke, pasta ker, atau noodles soup. Hari ini Laksa Pulau Pinang jadi pilihan. Last buat masa Hari Merdeka hari tu kot.

Tahu kenapa Laksa Penang jadi pilihan? Sebab ia favorite Kjee dan Nadia. UnclePali pulak, kalau masak apa-apa yang ada ikan sardin, dia pasti tak banyak soal.

To me, Laksa Penang ni makanan ringan kerana banyak guna ulam-ulam segar. Ada salad, timun, bawang, nenas (hari ni tak ada), daun pudina dan jugak bunga kantan. Jadi, taklah begitu mengemukkan yer.

Taklah gemuk tapi kalau makan banyak-banyak badan mengembang jer. Kahkahkah. Itu ayat yang buat Nadia sakit hati sangat kalau dia tanya Kjee. "Mama makan tu boleh gemuk tak?". "Tak gemuk nak oiii, kembang jer badan!".








Hari ini Kjee guna sardin import dari China. Ntah apa ker nama dia... hah Anita. Sedihnya sardin nama Anita kan? Tak ada nama lain ker?

Kjee suruh UnclePali beli sardin dua tin. Kjee kata tak payah beli jenama mahal. Ala sardin tu kalau dah dijadikan kuah, sedaplah kan. Jenama Anita tu harga tiga ringgit lebih jer berbanding dengan yang premium, harganya dekat tujuh hengget. Tapi okay jugaklah brand ni. Sedap jer Kjee makan tadi.








Hari ni giliran Nadia masak Laksa Penang. Kjee tukang racik sayur-sayur. Tapi dek kerana bubuh terlebih cili kisar dalam kuah, jadi pedas sikit. Tapi okaylah sebab selalunya, Kjee racik cili api untuk jadi lebih menyengat.

Lagi satu, jangan lupa otak udang atau petis. Tak der tu, tak umphhh. Kjee suka sangat tapi UnclePali dan Nadia tak suka. Baguslah. Aku boleh habiskan sorang-sorang.

Resipinya korang tengok SINI aje lah. Tak larat nak tulis balik.








Dah curah kuah, tambah lagi ulam2. Sedap gua kata...





Nak tahu sedap ke tak, hah pepandailah korang mengagak. Hehehe


5 comments:

Kem Mirza said...

kakjee ni, dah petang macam ni keluarkan laksa penang lah pulak... aduhaiii terus mulutku penuh berair

Lynda Che Lah said...

senang kan pakai sardin dlm tin kak jee..xyah merebus dan blend..TQ kak Jee

Kjee said...

Untuk Laksa Penang jer kot. Laksa Utara rasanya tak boleh.

Anonymous said...

Kak gee saya gelak sorang2 ayat yg ' baguslah aku boleh habiskan sorang2'. Ayat tu pun saya guna pakai selalu. Tp ckp pelan2 lerr. Kak gee mmg kelako lerr. Luv u much2. Rynn.

rubyhanie said...

laksa penang tu dah kira rajin sangat dah tu kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...