Pages

Friday, August 30, 2013

LAKSA PENANG VERSI KJEE





Apabila demam, tekak mulalah nak makan yang masam2 dan pedas2. Balik dari Pengkalan Balak, Melaka, semalam, Kjee terkena demam selsema. Agaknya jerebu teruk kat situ. Tekak mula meragam.

Pagi tadi kami ke PutraJaya. Dalam perjalanan pulang, tetiba tekak ni teringin nak makan Asam Laksa Penang. Nadia ajak ke Group Base atau ke Pappa Rich tapi Kjee geleng kepala. Nak makan Laksa Penang air tangan sendiri.

Sampai KL, Kjee terus ajak UnclePali pergi Hero beli bahan2. Antaranya sardin dalam tin, laksa basah dalam peket, timun, salad, daun kesom dan daun pudina. Serai, cili padi, bunga kantan dan cili padi ada di dalam fridge.

UnclePali round cari nenas tak jumpa so, hari ni Laksa Penang Kjee tak cukup satu bahan. Kalau ada nenas, hiris nenas sebesar jari kecik dan letak dalam mangkuk bersama ulam2 lain.

Laksa Penang ori guna sardin dalam tin. Kjee curahkan sekali sos sardin itu. Itu yang menimbulkan rasa masa, manis dan pedas.

Jom kita intai bahan2 dan resipinya.






BAHAN2 UNTUK KUAH

2 tin sardin (425gms)
10 biji cili padi
2 biji cili merah
½ cawan cili kering yang telah dikisar
2 labu bawang besar
1 inci kunyit atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
4 batang serai
3 batang bunga kantan
1 ikat daun kesom
5 keping asam gelugor
½ cawan air asam Jawa
1 inci belacan
1.5 litres Air










BAHAN ULAMAN

1 peket laksa basah
1 labu bawang besar
Salad
Timun
Nenas
Daun Pudina
Bunga Kantan
Limau Kasturi
Otak Udang aka Petis
Cili Padi

CARA

Bawang besar, cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk halus. Kemudian ditumis hingga garing menggunakan minyak yang sedikit. Apabila sudah garing, masukkan 1.5 litre air. Campakkan serai yang telah dititik. Tungguh hingga mendidih. Kemudian masukkan asam keping dan jugak asam Jawa. Biarkan mendidih.
Buang tulang ikan sardin. Jangan dihancurkan ikan. Cukup sekadar dicerai-ceraikan secara kasar. Jangan dibuang sos ikan sardin itu.
Apabila kuah laksa sudah mendidih, masukkan daun kesom, dan bunga kantan yang telah dibelah dua. Perlahankan api dan masukkan perlahan-lahan sardin bersama sosnya tadi. Kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Bubuh garam dam Pak Aji kalau guna.
Didihkan perlahan kira-kira 10 minit. Padamkan api.
Celur laksa basah dalam air panas kira-kira 30 saat sahaja. Kemudian toskan. Kalau tak celur, cuci dengan air panas pun okay. Terlalu lama akan buat laksa itu menjadi lembik.
Semua bahan2 ulam seperti bawang besar, salad, bunga kantan, cili padi dan timun dihiriskan nipis. Limau kasturi diotong sikit hujungnya sementara daun pudina dipetik.
Letakkan sedikit laksa kedalam mangkuk dan diikuti semua ulaman tadi. Kemudian dicurahkan dengan kuah yang panas. Kemudian ambil ikan sardin dan letak diatas. Kuah mesti panas baru sedap makan.
Letak daun pudina dan limau kasturi serta otak udang, kalau suka.
Selamat mencuba.
















3 comments:

Anonymous said...

Hello kakjee,wow! It looks so marvellous,macam the best laksa in kl.nasib baik saya tak duk sebelah rumah kakjee,kalau tidak hari2 saya datang tersengeh sengeh mintak makanan yg kakjee masak.hehe gurau suka2 je.kak jee,memang puas hati masak and makan sendiri,berselera.😋

aNIe said...

Salam Kakjee...selamat hari raya... hmmmm... laksa tu mengancam... nampak meriah...

Lydia Miza said...

Terliur tgk laksa kak jee. Salam kemerdekaan kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...