Pages

Saturday, October 19, 2013

MINI CHICKEN PIES DENGAN SOS LADA HITAM







Semalam ketika  membuat My Secondary School Chicken Pie, ada berbaki doh dan inti yang cukup untuk jadikan lima biji mini pies. Kjee bekukan dan hari ni Kjee buat jugak sos lada hitam untuk makan bersama my mini chicken pies.

Pies makan dengan sos blackpepper adalah kegemaran Kjee dan Nadia. Teringat dulu-dulu masa Dave's Deli ada cawangan di Alpha Angle, Wangsa Maju. Setiap hujung minggu, Kjee dan Nadia akan ke sana untuk makan Steak Pie atau pie lain yang dijual. Makan dengan brown sauce yang sedap sangat.








Kjee sampai ketagihan lah. Satu biji steak and mushroom pie kira-kira RM8. Masa tu Kjee anggap harga tu mahal lah jugak. So sebagai alternatif, Kjee beli chicken pie kat bakeri dan Kjee buat brown sauce segera. Beli serbuk brown sauce (kalau tak silap jenama Mc Cormic) dan masak ikut arahan di peket. Pastu curah atas chicken pie yang Kjee beli. Masa tu tak reti nak buat pie atau sos sendiri.

Semalam Nadia ingatkan Kjee pasal pie kat Dave's Deli. Sebab tu, hari ini Kjee suruh Nadia buat blackpepper sauce makan dengan mini chicken pie Kjee. Sedap tak terkata.

Resipi blackpepper sauce kat SINI. Kalau nak bubuh cendawan pun boleh. Resipi chicken pie korang tengok pulak SINI.








1 comments:

rostina76 said...

sedapnye nampak chicken pie kjee ni. will try la

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...