Pages

Saturday, October 26, 2013

PECEL IKAN KELI - LAUK JAWA LAGI!







Malam ni UnclePali baru balik dari kampung tengok anak sedaranya bukan dia, nikah. Hehehe. Kenapa Kjee tak ikut? Sebab Kjee tak sihat dan boleh 'lemas' dalam jemputan yang ramai.

So siang ni, for lunch, Kjee masak lauk yang UnclePali tak berapa berkenan iaitu Ikan Keli. Mulanya Kjee ingat nak bakar sahaja cicah air asam. Tapi tetiba Kjee teringat, hari tu UnclePali ada beli satu pasu pokok cekur.

Jadi, terus terlintas di fikiran untuk buat Pecel Ikan Keli. Bukan Pecel Lele tau. Rasanya tak sama langsung!! Ini lauk orang Jawa. Dulu Kjee pernah buat guna ikan pari yang dibakar dan dicarik-carik isinya. Kali ini Ikan Keli bakar atas arang dan tak payah carik-carik.



pokok cekur




Nak tahu rasanya macam mana? Hah sikit lebih kurang macam Ikan Percik Kelantan. Cuma kelainannya, ada bahan-bahan seperti Cekur dan Belacan! Kjee turut racik sehelai daun kunyit halus-halus dan campur.

Kjee tak tahu daerah Jawa mana asalnya resipi ini. Walaupun Kjee orang Jawa, Kjee hanya mengenali makanan ini setelah berkahwin dengan arwah abah Nadia, orang Jawa dari Batu Pahat. Agaknya arwah Bonda Kjee pun tak pernah merasainya.

Walaupun Kjee pernah jadikan lauk ini entri satu ketika dulu, tetapi jom kita intai apa bahan yang Kjee gunakan hari ini.






PECEL CEKUR IKAN KELI

5 ekor ikan keli
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
buah akar cekur (dalam dua sudu)
5 helai daun cekur
1 helai daun kunyit
1 kotak santan
10 biji cili padi (ikut kepedasan)
secubit gula
garam secukup rasa

CARA

1. Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.

3.  Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.

4. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.

5. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.

6. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.

7. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Boleh guna ikan lain seperti Ikan Pari atau Ayam. Kjee tak pernah buat gunakan ayam. Tapi Kjee rasa, mesti sedap jugak. Ayam itu jugak harus dibakar sama macam bakar ikan.

Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!!

Ada orang buat, kuah yang sudah siap dimasak, dicurahkan keatas ikan bakar. Cara apapun boleh. Kjee tidak bubuh kunyit pada kuahnya. Hanya Ikan Keli dilumur sedikit kunyit sebelum dibakar.

Klik SINI kalau nak tengok resipi Pecel Ikan Pari.

Selamat mencuba.













6 comments:

Anonymous said...

Salam..pecel lele kie..angger di pangan mentah enak banget...ngencesssss

Nor Azmah said...

Salam..sedap sungguh

Anonymous said...

Salam...yo lah. enak banget. iwak pari enak jugak. mak ai, speaking jerman kita hari ni. kak jee faham ke apa kitorang gebang ni. mak saya pun selalu masak pecel ni. bahan sama tapi beza dari segi penyediaan. mak saya tak masak bahan2 tu. mak saya goreng segala bawang dan cili.kemudian tumbuk dengan cekur. kelapa parut tu mak saya perah menggunakan air masak. then campurkan semua bahan yang dah ditumbuk dengan santan tu. lepas tu makanlah. walau tak boleh simpan sebab takut basi, tapi saya tetap suka...ngences/ terliur kalau ingatkan pecel ni.

Anonymous said...

sekalil kala, promote Minang ke, Sarawakian ke ,... asyik2 JAWA aje... bangga sungguh.... jgn mare ye auntie JE....zackwiusa

Kjee said...

Dah auntie orang Jawa. Kalau awak ada resipi, promote lah sama.. takkan nak harapkan auntie jer. bila auntie promote makanan yang auntie tahu masak, tahu pulak nak marah yer. Hehehe.

jaka said...

makasih gan infonya dan salam sukses

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...