Pages

Tuesday, November 12, 2013

76,200 SISWAZAH MENGANGGUR SEBAB TAK ADA KEMAHIRAN









Hari ini Kjee terkejut apabila mengetahui terdapat seramai 76,200 siswazah mengganggur yang tidak mempunyai kemahiran. Ini berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal Jobstreet Malaysia ke atas 1,994 responden. Kajian itu mendapati 77.14 peratus mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.

Apakah angka ini membimbangkan? Kementerian Sumber Manusia menjelaskan bahawa kadar pengangguran di negara ini sekarang ialah 3.1 peratus dan menunjukkan ia terkawal serta masih boleh diuruskan.

Walaupun itu jawapannya, Kjee rasa angka sebanyak 76,200 itu agak besar. Bayangkan kalau tidak ditangani dengan segera maka akan berlaku seperti satu berita yang Kjee baca semalam.

Seorang graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani dari UPM pada tahun 2004, menjadi pemandu bas sejak 10 tahun lalu! Semuanya kerana kesukaran mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan!

Pekerjaan yang dilakukannya tidaklah hina. Malah tersangatlah halal. Tetapi bayangkan kesedihan pada ibu bapanya yang terpaksa tunggu selama tiga tahun (tempoh pembelajaran anaknya) dan akhirnya, anaknya mendapat kerja yang sepatutnya boleh diperolehinya tanya buang masa 3 tahun!

Kemungkinan besar, si ibu dan si ayah terpaksa bergadai golok untuk anak belajar di Universiti. Walaupun ada pinjaman PTPTN, namun harus diingat wang pinjaman itu sebenarnya hanya cukup untuk pelajar itu melunaskan yuran dan beli buku. Selainnya kena mintak duit makan, sewa bilik dan jugak duit pengangkutan dari ibu bapa.

Harap-harap mereka yang baru graduate cuba fikir cabang lain selain daripada makan gaji. Kerajaan telah umumkan pinjaman hingga RM200,000 bagi siswazah yang mahu mulakan perniagaan. Rebutlah peluang itu. Cuma satu saja yang Kjee risau... usahlah sukarkan siswazah itu mendapatkan pinjaman. Pantau dan bimbinglah mereka...











9 comments:

shaty said...

salah satu puncanya adalah pada system PENDIDIKAN Negara kita. Lebih berteraskan akademik dan peperiksaan. Maka ramai yang lulus cukup makan dan berpuashati dengan kelulusan minima. kalau seseorang itu mampu berfikir dan bertindak di ' luar kotak' maka dia ada peluang untuk mendpt kerja dengan mudah. Kelebihan berbahasa mandarin atau Inggeris Arab dengan lancar adalah faktor BONUS. Tapi ramai dari graduan kita biasa-biasa sahaja. Jadi sukar nak bersaing utk memohon pekerjaan lebih-lebih diluar Negara.

Muhammad Khairuddin Lim said...

kasihannya......masalah ini telah lama berakar umbi...

Anonymous said...

Alhamdulilah ank saya baru saja grad dlm bidang akaun dan pengurusan kewangan dan telah pun mendapat pekerjaan. Setiap temuduga yg dilaluinya mempunyai ujian bertulis dan bertutur di dlm bahasa Inggeris. Alhamdulilah setiap pekerjaan yg dipohon membuahkan kejayaan. Pada pandangan saya kunci utama yg dapat dirumus ialah kebolehan bertutur dan menulis dlm bahasa Inggeris dgn yakin. Mahasiswa yg masih menganggur cubalah perbaikil bahasa inggeris anda.

Kjee said...

Itulah masalah para siswazah sekarang. Kelulusan Akademik cukup memberangsangkan tapi BI berterabur! Kalau pohon jawatan swasta, mereka utamakan BI.

Lea said...

Saya lulusan ijazah cukup2 makan. Tapi saya tak menjadikan itu alasan. Kebolehan saya bertutur dalam bahasa inggeris memudahkan saya apply kerja swasta. Alhamdulillah sekarang saya bekerja kerajaan :)

lizamus said...

Entah ler K. Jee..kita dolu2 senang je dpt keje yek..lom kuar U keje dah menunggu...tp budak2 skrg ni..terpaksa berpusu2 nk cari keje. mungkin sebab terlalu byk Universiti kot & offer the same courses or the graduates themselves yg terlalu memilih pekerjaan..nak jadi PEGAWAI ajer..keje yg bawah skit x mo..

Anonymous said...

Saya dulu grad obersea tahun 1997, waktu ekonomi tengah gawat. Kerja kosong ikut kesesuaian pun tak banyak. Tp mengenangkan hajat saya kuat balik nak kerja tolong parents tanggung adik2 belajar, saya buka Yellow Pages and buat cold calls pada company2 tanya ada kerja kosong tak. Alhamdulillah, 2 syarikat cakap ada, panggil interview dan saya pun dapat kerja. Usaha tangga kejayaan, and tak perlu malu nak cari rezeki, kan kak Jee??

Anonymous said...

berbeza pula dengan pendapat sy,saya merupakan graduan dari UTM,dan memiliki keputusan yg sgt cemerlang,beribu permohonan jawatan da sy buat,sy sudah pergi hampir 10 kali temuduga dan sesi ujian yang dijalankan oleh SPA,tapi ap yg menyakitkan hati,tiada satu pun tawaran yang dapat, akhirnya sy bekerja dengan syarikat swasta dengan gaji yang ditawarkan tidak bersesuai dengan kelayakan yg sy ad,dimanakah omongan pihak kerajaan yang mengatakan mereka sudahpun berjaya mengatasi masalah pengangguran dikalangan siswazah,dengan gaji yang ditawarkan sy tidak mampu membayar semula pinjaman pembelajaran dan tidak mampu memberikan kepada kedua orang tua sy apa yang dinamakan janji seorang anak. sehingga sekarang masih terngiang-ngiang satu soalan yg keluar dari mulut seorang penemu duga "awak ade saudara mara di sini ke?" apakah kaitan antara saudara dan saya,yang hendak bekerja saya bukan saudara saya..betulla kata salah seorang kenalan lama sy yang kini bekerja di sektor awam hasil bantuan jalan belakang, kata dia"kau tak perlu kelulusan yang tinggi,kau perlukan kabel kalau nak kerja di sektor awam" persoalan sy,dimanakah ketulusan dan kejujuran anda? kerana itula hingga kini tiada satu pun projek kerajaan yang berjalan lancar ditambah pula masalah rasuah kerana rakusnya manusia menerima sogokan duit dan hadiah dari pihak berkepentingan..namun sy tetap bersyukur dengan pekerjaan yang sy ad sekarang..kini sy bergelar Jurutera Struktur dan Awam di sebuah syarikat swasta diMalaysia..sy amat berharap agar dimasa hadapan sebarang sesi temuduga atau kemasukan ke sektor awam dijalankan dengan telus supaya tidak terjadinya kemasukan calon yang tidak layak tapi dapat disebabkan bantuan jalan belakang kerana hal ini bukan shaja berkaitan dengan integriti malah melibatkan kualiti sesebuah unit

mohdzerry said...

Saya cadangkan buat kerja part time dulu sila klik http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=14304

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...