Wednesday, November 27, 2013

KERANA SUKA SANGAT, UNCLEPALI....




...buat sendiri Pop Corn! Pandainya...mana dapat resipi? Google lah apa lagi!! Apa yang tak ada kat google. Ramai jugak yang turut ajar step by step. Dalam blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan pun ada...

Tak susah buat pop corn ni rupa-rupanya. Nasib baik Kjee tak suruh UnclePali beli pop corn maker. Hehehe.

Hanya perlu bahan asas iaitu periuk bertutup rapat, biji jagung kering, minyak (UnclePali guna minyak Zaiton), gula (Unclepali tak guna) dan sedikit susu manis untuk sira pop corn selepas siap masak.

Mula-mula panaskan minyak. UnclePali kata jangan sampai minyak terlalu panas. Minyak itu cukup untuk menutupi periuk. Kira satu layer jer. Pastu masukkan jagung yang cukup-cukup untuk menutup minyak tu. Kira satu layer jugak jagung.





Lepas tu gunakan tudung periuk, tutup periuk rapat-rapat dan besarkan api. Jagung tu akan meletup-letup..sekejap jer. Bila hilang bunyi meletup, cepat-cepat padam api.

UnclePali tak sira pop corn dengan gula yang telah dicairkan. Dia cuma sira dengan susu pekat manis. Sedap! Tak mahal belanjanya.

Bijiran jagung kering tu beli lah kat mana-mana kedai runcit yang ada jual. UnclePali kata kalau boleh dapat jagung Africa lagi bagus. Pop Corn jadi besar dan cantik.

Kalau nak sira dengan gula, masak gula dengan sedikit air hingga pekat. Campurkan sedikit susu manis. Pastu terus sira pop corn.

Selamat mencuba.







7 comments:

  1. Mudah dan sedap paling penting boleh ikut selera sendiri.

    ReplyDelete
  2. MAK SAYA ADA BELI PERIUK SERBA GUNA.PENJUAL TU AJAR CARA BUAT POPCORN NI
    TP MAK TAK JUMPA BIJI JAGUNG TU KAT KEDAI BIASA
    BERTAHUN MAK PERAM PERIUK TU.. BARU BULAN LEPAS JUMPA BIJI JAGUNG KAT PASARAYA..WAH!KAK JEE JGN TAK TAHU, MAK SAYA BISNES POPCORN LETAK KAT KEDAI SEDARA DI KAMPUNG,SEBUNGKUS RM1,LAKU JE..BUDAK2 SUKA
    SKRG KALAU ANAK CUCU BALIK MESTI BUAT POPCORN UTK CUCU2NYA
    HEHE

    ReplyDelete
  3. Menarik. Boleh try ni. Thx for sharing..

    ReplyDelete
  4. Salaam Kjee...

    Kita pun buat popcorn dalam periuk non stick je. Masa anak-anak kecil dulu, bila buat popcorn ni, dua dua dok ngadap periuk. Pas tu tiga tiga (termasuklah mak budak ni) dok kegirangan bila dengna pop pop dari dalam periuk tu. Kita tak sira guna susu pekat, tapi kita masukkan sikit majerin... kasi lemak lemak masin sket...

    ReplyDelete
  5. Dari haritu saya nak buat popcorn ni tapi tak jumpa2 bertih jagung tu kat kedai..he he.. tengok kak jee dah buat ni lagi semangat saya nak buat :)

    ReplyDelete
  6. Yesss..thanks for sharing dear...

    ReplyDelete