Pages

Friday, November 1, 2013

ARABIC GUM ATAU DAMAR ARAB UNTUK KESIHATAN



Arabic Gum...campur dan sebarang minuman..mudah larut



Isnin lepas, sahabat lama Kjee, Azman Razali, yang kini berada di Doha kerana bertugas sebagai Image Consultant untuk TV Al Jazeera, kembali bercuti. Dan bawa hadiah Arabic Gum yang Kjee mintak tolong dia belikan di sana.

Arabic Gum atau ada jugak orang kita panggil Damar Arab, berasal dari Sudan. Ia dikatakan berkhasiat untuk melegakan pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang. Wallahualam.

Masa Kjee terfikir-fikir mana nak cari Arabic Gum ini, setelah Kjee baca khasiatnya dalam internet, Kjee hubungi beberapa kawan Kjee yang berada di negara Arab. Salah seorang daripanya, Normala Che Noor yang kini tinggal di Oman, beritahu Kjee, ia boleh diperolehi HalFest yang ketika itu sedang berlangsung di Kuala Lumpur. Pulak dah!

UnclePali bergegas bawak Kjee ke HalFest dan kami beli dua bekas dengan harga RM100 (offer kalau tidak RM120) sebekas. Hmm mahal jugak kan? So kebetulan masa Kjee tengah singgah facebook Azman, baru Kjee sedar beliau kini di Doha. Dah dua tahun di sana.

Kjee pun mohon bantuan Azman untuk membelikan Arabic Gum ini untuk Kjee di Souq atau bazaar di sana. Berita gembira dari Azman, dia akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa beberapa hari lagi. Keluarganya menetap di Kuala Lumpur.





Itulah, orang kata kalau dah rezeki kan? Ada kawan yang kata dia dah beli dan akan bawa balik ke Malaysia masa cuti Hari Raya Haji hari tu. Terima kasih. Tapi tak ada jodoh Kjee untuk mendapat bekalan tersebut.

Anway, Azman telah beri hadiah 5 peket serbuk Arabic Gum ini kepada Kjee. Rasa-rasanya cukup untuk lebih kurang dua bulan. Terima Kasih Azman kerana sudi beri hadiah kepada Kjee. Budi baik Azman hanya Allah sahaja yang akan balas.

Arabic Gum, yang Azman beri adalah dalam bentuk serbuk yang lebih mudah larut daripada yang Kjee beli di Kuala Lumpur. Kjee lebih selesa minum yang diberi Azman. Rasanya jugak kurang melekit.

Kjee dah lupa blog mana yang Kjee baca pasal Arabic Gum ni. Korang google lah sendiri. Tapi antara khasiatnya, orang yang sakit buah pinggang dan sedang menjalani dialisis, sudah sembuh dengan izin Allah swt.

Kjee tak tahu sejauh mana seriusnya penyakit buah pinggang Kjee sebab takut nak pergi hospital. Macam mana Kjee tahu Kjee mengidap sakit buah pinggang? Hmmm daripada apa yang Kjee google, Kjee ada tanda-tanda 9 dari 10 simptom seorang pesakit buah pinggang. Sebab itu tak boleh duduk, berdiri mahupun berjalan, lama-lama.

Tak apalah, Kjee kini sedang menjalani berubatan secara akternatif. Insya Allah, tiada penyakit yang Allah swt adakan jika tidak disertakan dengan penawar. Wallahualam.

Bagi mereka yang mengenali Azman Razali, seorang anak seni kreatif belakang tabir industri seni tanahair, tunggu nanti Kjee tulis lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi. Anak Melayu yang membanggakan negara dalam bidang seni!





Azman Razali













12 comments:

azman razali said...

Ala hi, small matter Kak Gee.. memang rezeki Kak Gee.. nak balik lagi 3 hari, dapat your msg.. and selalu nya memang masa mencemburui I tapi memang tersurat Kak Gee memang ada rezeki, I ada masa, itu pun berbekal gambar yg Kak Gee kirim.. cakap pun dengan tok tok arab ni, mcm ayam ngan itek.. nasib baik la ada minah Arab berjubah terdengar I terkial kial menyebut nya dlm BI, Arabic Gum.. bahasa arab nya "Samgh Arabic".. lepas ni I pun nak try minum..

Kjee said...

Hehehe. Khabarnya boleh kuruskan badan jugak Man. Lain kali balik, Kjee kirim lagi tau. Hehehe.

Anonymous said...

Salam Kak Jee..terima kasih atas info yg akak kongsi..mohon akak dapat share maklumat ttg penjualan atau pengedar yg ada menjual arabic gum ni di malaysia..abang saya pesakit buah pinggang & perlu pergi dialisis 3 kali seminggu, kalau ada alternatif lain mungkin boleh cadangkan kepada dia untuk bantu kurangkan/ atasi masalah tersebut..mungkin juga saya boleh cadangkan kepada mak saya yang ada diabetes/ drh tinggi..sekrg ni pun ada masalah untuk dia duduk, berdiri, berjalan dan baring terlalu lama..harap mak tiada masalah sama seperti abang saya..terima kasih : Nong

Kjee said...

Boleh call Encik Za'im Shah, Pengurus Pemasaran Natural Prebiotic 0126100485. Syarikat beliau menjual Arabic Gum.

Anonymous said...

terima kasih Kak Jee..: Nong

gunung jerai said...

Berhati2 dengan perempuan Dri gua musang menjual arabic gum dgn harga 150rgt sedang harga sebenar hanya la 35rgt.. semua arabic gum kualitinya adalah sama tiada tiruan atau palsu

Anonymous said...

Btul tu sy pon dh terkena dgn wanita dr gua musang tu, + postage rm175 sy byr aritu nasib baik sy beli 1 paket je.

Amir Awang said...

Boleh hubungi

SMS/WhatsApp : 019 495 1082 untuk pembelian Arabic Gum secara borong

Terima kasih :)

Anonymous said...

saya baru je terkena dgn seorang perempuan dari kelantan. jual arabic gum + postage rm170..
bila da bank in duit terus senyap... telefon x angkat.. berhati-hati la.. 0195491600 ni num teleon dia... num akaun cimb daftar nama atas nama Rezki Mewah Resources..

Anonymous said...

I just order it from sister kat bahrain 20 bekas.. . I want my hubby n my family to try it and hopefully its will work well for them In Sha Allah. Amin..

Amir Awang said...

betul tu. hati-hati dengan seller yang jual terlampau mahal. wanita kelantan dari gua musang itu pernah jadi agent/dropship saya, saya jual kepada dia rm30 sahaja tapi die jual kepada orang lain rm150+ sangat cekik darah pesakit buah pinggang/pesakit kronik yang lain.

sebab niat saya berniaga hanyalah untuk bantu orang sakit sahaja.

saya ada ceritakan kisah wanita itu di sini

http://www.getaharab.com/2015/04/awas-jangan-tertipu-dengan-penjual.html

semoga jangan ada lagi yang tertipu dengannya. boleh whatsapp saya di 0194951082 untuk bantuan

zulherdi hamzah said...

salam.. warga sarawak yang nak cuba gam arab,boleh hubungi saya di 0198150858..harga rm45.00 sahaja/180gram(tepung)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...