Pages

Thursday, November 28, 2013

ASAM TUMIS IKAN DENGAN TERUNG DAYAK







Akhirnya setelah lebih 20 tahun, dapatlah jugak Kjee merasa lauk Asam rebus yang diletak Terung Asam atau Terung Dayak kata orang Sarawak. Ehsan Ct Zarith. Terima kasih banyak-banyak Ct. Akan Kjee kenang sampai bila-bila.

Tadi Kjee masa guna Ikan Mabung. Dulu Kjee makan masa kat Kuching, Sarawak, dia orang guna Ikan Terubuk Salai. Bukan salai sampai kering tapi ala-ala garing kulit diluar tapi masih elok lembut isinya.

Nama saja Asam Rebus tapi Kjee tumis cili dan bawang guna sedikit jer minyak. Kjee tak suka bau cili yang tak garing.


Macam terung biasa tapi warna oren dan masam








Senang jer resipinya. Tumbuk satu bawang besar dan sejemput ikan bilis. Kemudian tumis bersama cili kisar. Kjee guna dalam setengah mangkuk. Kalau korang nak pedas lagi, tambah cili padi.

Apabila cili dan bawang dah garing, masukkan air secukupnya untuk kuah. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, terung dan daun kesom.

Ada orang kata kalau guna terung asam tak perlu bubuh asam jawa atau asam keping. Tapi tadi Kjee bubuh 1 keping asam gelugor, sedikit garam dan jugak satu camca kecik gula. Gulu tu ikut suka lah nak letak ke tidak. Tapi kalau letak, boleh bangkit rasa.

Didih perlahan sehingga ikan cukup masak dan kuahnya cukup rasa. Padam api. Hidang bersama nasi putih, ikan kering dan jugak ulam-ulam bersama sambal belacan.

Kawan-kawan FB kata terung ni ada dijual di Pasar Tani di Johor. Lepas ni Kjee kena mintak tolong friends kat Johor pulak kot.  Che Mat Gebu!!!!!!!





3 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum kjee terasa cam air liur ni mengalir kat dalam mulut...kecurrrr...resepi yg simple dan sedap..sebelum ni saya tak pernah tguk rupa terung dayak...

Anonymous said...

Orang Swak ramai kerja kat Johor so betul lah tu diorang angkut sekali terung dayak ni tanam kat sana! Masak asam memang sedap..kita peminat Kjee dr kuching..iv

dayang Citra said...

boleh buat sambal juga kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...